12 cedera dua kereta bertembung di Jengka

Dua kereta yang bertembung dalam kejadian tersebut di jalan Felda Jengka 4 ke Maran pada Ahad. Foto JBPM
Dua kereta yang bertembung dalam kejadian tersebut di jalan Felda Jengka 4 ke Maran pada Ahad. Foto JBPM
A
A
A

MARAN - Lapan individu dan empat kanak-kanak cedera dalam nahas melibatkan dua kereta di jalan Felda Jengka 4 ke Maran di sini pada Ahad.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria berkata, kemalangan itu membabitkan kereta jenis Honda City dan Perodua Bezza yang bertembung.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada jam 12.29 tengah hari.

"Lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jengka serta sebuah jentera dikerahkan ke tempat kejadian.

Pihak bomba mengeluarkan mangsa dan memberikan bantuan awal kepada mangsa. Foto JBPM
Pihak bomba mengeluarkan mangsa dan memberikan bantuan awal kepada mangsa. Foto JBPM

"Terdapat tiga lelaki dan dua perempuan dewasa yang menaiki Honda City, manakala Perodua Bezza dinaiki seorang lelaki dewasa, dua perempuan dewasa, tiga kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Ujar beliau, pemandu kereta Honda City iaitu seorang lelaki berusia 52 tersepit dalam kenderaan terbabit.

"Anggota mengeluarkan lelaki yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat.

Artikel Berkaitan:

"Bantuan awal diberikan kepada mangsa yang tercedera dan kesemua mereka diserahkan kepada pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) untuk dibawa ke hospital," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!