DUN Kelantan bersidang hujung November, bentang Belanjawan 2025

Mohd Amar
Mohd Amar
A
A
A

KOTA BHARU - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah mengesahkan pembentangan Belanjawan Kelantan 2025 akan dibuat hujung November ini.

Beliau berkata, mengikut perancangan asal ia sepatutnya berlangsung pada 24 Oktober ini namun terpaksa dipinda.

"Hal ini kerana ia bertembung dengan Persidangan Majlis Raja-Raja. Jadi Kerajaan Kelantan bersetuju untuk menangguhkan sidang itu hingga akhir November," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V Ke-55 di Istana Balai Besar, di sini pada Ahad.

Menurut beliau, sidang DUN Kelantan itu akan berlangsung selama lima hari.

Ujarnya, daripada jumlah itu sehari diperuntukkan untuk pembentangan belanjawan dan selebihnya bagi perbahasan.

Mohd Amar memberitahu, pembentangan belanjawan itu akan bermula pada Khamis dan kerajaan memberi masa dua hari iaitu Jumaat serta Sabtu untuk wakil rakyat mempersiapkan jawapan.

Katanya, selain itu majlis angkat sumpah wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri akan turut dilaksanakan pada hari pertama selain pelantikan senator baharu untuk Ahli Dewan Rakyat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!