Jenazah dua beranak mangsa hanyut arus deras selamat dikebumikan

Jenazah Salmah Mat Zain, 46, dan anaknya, Muhammad Rosman Rohadi, 19, dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Masjid Aisyah Kampung Tanjung, di sini hari ini. Foto Bernama
Jenazah Salmah Mat Zain, 46, dan anaknya, Muhammad Rosman Rohadi, 19, dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Masjid Aisyah Kampung Tanjung, di sini hari ini. Foto Bernama
A
A
A

KUALA NERANG - Jenazah dua beranak yang ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus deras akibat banjir dalam kejadian di Kampung Tanjung Kanan dekat sini semalam selamat dikebumikan 4 petang ini.

Jenazah Salmah Mat Zain, 46, dan anaknya Muhammad Rosman Rohadi, 19, dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Masjid Aisyah, Kampung Tanjung di sini.

Terdahulu, solat jenazah dua beranak itu diadakan di Masjid Aisyah, Kampung Tanjung pada 3 petang yang turut disertai kira-kira 200 jemaah terdiri daripada penduduk kampung berkenaan.

Penduduk kampung menunaikan solat jenazah mangsa hanyut, Salmah Mat Zain, 46, dan anaknya, Muhammad Rosman Rohadi, 19, di Masjid Aisyah Kampung Tunjang di sini hari ini. Foto Bernama
Penduduk kampung menunaikan solat jenazah mangsa hanyut, Salmah Mat Zain, 46, dan anaknya, Muhammad Rosman Rohadi, 19, di Masjid Aisyah Kampung Tunjang di sini hari ini. Foto Bernama

Sementara itu, bapa saudara kepada Salmah, Md Tajuddin Awang Muhammad, 47, berkata Salmah dan anaknya Muhammad Rosman tinggal berdua sahaja di rumah mereka di Kampung Tanjung Kanan.

Beliau berkata, hubungan kedua-dua mereka sangat rapat sehinggakan kerap dilihat bersama walau ke mana sahaja mereka pergi.

"Malah mereka masih bersama ketika dihanyutkan arus deras dan mayat mereka ditemui berhampiran antara satu sama lain iaitu pada jarak kira-kira 50 meter sahaja,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Salmah dan Muhammad Rosman dihanyutkan arus deras ketika meredah banjir untuk pulang ke rumah mereka di Kampung Tanjung Kanan kira-kira pukul 8.15 pagi semalam.

Artikel Berkaitan:

Mayat Muhammad Rosman ditemui tersangkut pada pelepah kelapa sawit kira-kira pukul 5.25 petang semalam, sementara mayat Salmah dijumpai di bawah timbunan pelepah kelapa sawit pada 7.45 pagi tadi. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!