Penulis buku Ustazah Basikal mahu pahala terus mengalir

Ahmad mempromosikan buku Ustazah Basikal di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Ahad sempena Jualan Gudang Karangkraf 2024.
Ahmad mempromosikan buku Ustazah Basikal di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Ahad sempena Jualan Gudang Karangkraf 2024.
A
A
A

SHAH ALAM - Biarpun diuji tanpa zuriat kerana masalah kesihatan, penulis buku Ustazah Basikal, Ahmad Mohd Isa, 30, mahu terus memberi inspirasi kepada orang lain demi mengejar pahala hakiki menerusi karya yang dihasilkannya.

Ahmad berkata, dengan menghasilkan buku dalam jumlah yang banyak, ia merupakan impiannya supaya masyarakat mendapat ilmu yang bermanfaat.

“Saya pegang satu prinsip ISA yang juga nama ayah iaitu I ialah ilmu bermanfaat, S pula sedekah jariah dan A bermaksud anak soleh.

“Nabi Muhammad SAW bersabda, apabila meninggal seseorang manusia maka terputuslah semua amalan kecuali tiga perkara tersebut. Jadi kenapa saya tulis buku?

“Sebab apabila saya sudah meninggal, akan ada pahala yang mengalir dan itulah impian saya apabila menghasilkan banyak buku supaya anak-anak yang membaca terinspirasi dan menjadi orang yang bermanfaat,” katanya.

Ustazah Basikal boleh didapati di Jualan Gudang Karangkraf 2024 bertempat di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam, pada 27 September hingga 6 Oktober bermula dari jam 9 pagi hingga 7 malam.
Ustazah Basikal boleh didapati di Jualan Gudang Karangkraf 2024 bertempat di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam, pada 27 September hingga 6 Oktober bermula dari jam 9 pagi hingga 7 malam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Ahad.

Mengulas lanjut, impiannya tidak terhenti setakat itu sahaja kerana beliau juga merasakan bukunya wajar dibaca oleh semua orang tanpa mengira peringkat umur.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, pembacanya terdiri daripada wanita yang bekerja sebagai guru, jadi buku Ustazah Basikal versi komik perlu diterbitkan untuk menarik minat golongan lebih muda termasuk kanak-kanak.

“Bila versi komik direalisasikan nanti, saya juga bercita-cita dan berharap agar semua buku terjual sebanyak satu juta naskhah dan seterusnya diterbitkan di luar negara pula. Itu cabaran untuk saya jadikan kenyataan,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!