Lebih 100 maut, 350 cedera dalam serangan Israel ke atas Lubnan
BEIRUT - Sekurang-kurangnya 105 orang terbunuh dan 359 cedera dalam serangan udara Israel di seluruh Lubnan pada Ahad, menurut Kementerian Kesihatan negara itu.
Portal berita CNN melaporkan, jumlah kematian tertinggi adalah di selatan Lubnan apabila 48 orang terbunuh dan 168 cedera di Ain Al-Delb dan Tyre.
Kementerian itu turut memaklumkan, serangan udara Israel turut menyebabkan 'kerosakan teruk' kepada hospital Kana di selatan.
Wilayah Baalbek-Hermel di Lembah Beqaa di timur Lubnan juga terjejas teruk dengan 33 orang terbunuh dan 97 cedera, menurut kementerian itu.
Dalam masa sama, sejumlah orang awa terkorban di wilayah selatan Nabatiyeh, termasuk di bandar Marjaayoun.
Israel telah menegaskan, serangannya ke atas Lubnan memuncak pada hujung minggu dengan menyasarkan koperasi dan kemudahan Hizbullah selain menuduh kumpulan pejuang itu menggunakan orang awam sebagai 'perisai manusia'.
Serangan itu telah menghancurkan bangunan kediaman dan memusnahkan infrastruktur awam serta menyebabkan berlaku krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di negara itu. - Awani/Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!