Tidak sempat pulang rumah, dua beranak maut

Perjalanan pulang empat beranak berakhir dengan tragedi apabila dua daripadanya maut selepas terlibat nahas sebuah kenderaan merempuh tembok jambatan di Kilometer 21 Jalan Kuala Pilah-Tampin pada Ahad.
Perjalanan pulang empat beranak berakhir dengan tragedi apabila dua daripadanya maut selepas terlibat nahas sebuah kenderaan merempuh tembok jambatan di Kilometer 21 Jalan Kuala Pilah-Tampin pada Ahad.
A
A
A

KUALA PILAH - Perjalanan pulang empat beranak berakhir dengan tragedi apabila dua daripadanya maut selepas kenderaan dinaiki terbabas dan merempuh tembok jambatan di Kilometer 21, Jalan Kuala Pilah-Tampin, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Gani berkata, kejadian pada jam 3.45 petang itu melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia dinaiki empat beranak berusia 64 hingga 28 tahun.

Menurutnya, dua daripada mangsa iaitu pemandu merupakan bapa, 64, dan anak lelakinya, 31, yang berada di tempat duduk belakang disahkan maut di lokasi, manakala ibu dan anak perempuan masing-masing berusia, 62 dan 28 tahun mengalami kecederaan.

"Berdasarkan siasatan, kejadian berlaku semasa mangsa dalam perjalanan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Melaka menghala ke Johol.

"Sebaik tiba di lokasi, kereta dipandu mangsa telah hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan lalu melanggar tembok jambatan berdekatan Masjid Jamek Pekan Johol," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Katanya, berikutan itu, pemandu dan penumpang belakang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi mangsa selamat namun cedera telah dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah.

Ujar Amran lagi, kes disiasat di bawah Seksyen (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!