Mat Sabu teruja bertemu Khabib

Mohamad berkesempatan bertemu Khabib.
Mohamad berkesempatan bertemu Khabib.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu bertemu bekas juara lightweight Ultimate Fighting Championship atau UFC, Khabib Nurmagomedov.

Menerusi catatan di Facebooknya, Mohamad sempat berbual mengenai semangat perjuangan disiplin dan tekad yang kuat bukan hanya penting dalam sukan tetapi juga dalam kehidupan seharian.

“Khabib bukan sahaja ikon dalam UFC, tetapi juga contoh teladan kepada generasi muda, terutamanya dalam memegang teguh prinsip dan nilai walau dalam apa jua cabaran.

“Pertemuan ini mengingatkan Bang Mat betapa pentingnya kita terus berusaha dan setia pada prinsip sama ada dalam arena politik, sukan, atau kehidupan harian,” katanya pada Isnin.

Khabib hadir ke Malaysia bagi menjayakan ‘Khabib Nurmagomedov Live in Malaysia’ di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada Ahad.

Sebelum itu, Khabib muncul dalam program bual bicara itu yang menampilkan Alif Satar sebagai pengacara dan bintang muda Muay Thai negara, Johan Ghazali atau Jojo sebagai tetamu khas.

Khabib Nurmagomedov Live in Malaysia anjuran Faith Events itu telah menarik kehadiran telah menarik kehadiran seramai 1,500 orang dan turut diserikan dengan persembahan khas yang mempamerkan tradisi seni mempertahankan diri Malaysia yang kaya dan sukan tempur global.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!