Polis Kerian minta orang ramai kesan lelaki hilang

Polis mohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Zakaria Mamat, 51, yang dilaporkan hilang di Kuala Kurau sejak 13 Sept lepas. Gambar IPD Kerian
Polis mohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Zakaria Mamat, 51, yang dilaporkan hilang di Kuala Kurau sejak 13 Sept lepas. Gambar IPD Kerian
A
A
A

IPOH - Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Zakaria Mamat, 51, yang dilaporkan hilang di Kuala Kurau sejak 13 September lepas.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superinetnden Juna Yusoff berkata, Zakaria beralamat Batu 12 1/2, Jalan Pantai, Kuala Kurau.

Beliau berkata, lelaki itu berketinggian 157 sentimeter, berat 60 kilogram, berambut pendek berwarna hitam, bermisai nipis, dan berbadan kurus dengan parut berlubang pada lengan kiri.

"Pakaian terakhir yang dikenakan ialah baju-T berwarna merah dan seluar kelabu,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Juna meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi pegawai penyiasat

kes Sarjan Mejar Sukri Azali di talian 016-4452598 atau hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian di talian 05-7212222. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!