[VIDEO] Lotus’s Ceria Charity Run berjaya kumpul RM400,000

Salur sumbangan kepada sekolah memerlukan naik taraf kemudahan

A
A
A

Penganjuran Ceria Charity Run 2024 anjuran Lotus’s Malaysia mencipta sejarahnya tersendiri apabila berjaya mengumpul wang berjumlah RM400,000 untuk disumbangkan kepada sekolah yang memerlukan.

Pengarah Eksekutif Khidmat Korporat Lotus’s Malaysia, Azliza Azmel berkata, sumbangan tersebut akan disalurkan kepada Yayasan PINTAR bagi mengenal pasti sekolah yang perlu menaik taraf kemudahan pembelajaran.

AZLIZA
AZLIZA



Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak RM2.3 juta berjaya dikumpulkan menerusi sumbangan dalam bentuk barangan oleh rakan kongsi perniagaan.

“Sumbangan ini mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dengan usaha naik taraf di sekolah berkenaan di bawah program #KitakanJiran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Ceria Charity Run 2024 di Lotus’s Ara Damansara pada Ahad.

Peserta kategori 5km memulakan larian pada Ahad.
Peserta kategori 5km memulakan larian pada Ahad.



Tambahnya, dana berjumlah RM150,000 yang berjaya dikumpul melalui acara Ceria Charity Run tahun lalu telah digunakan untuk menaik taraf makmal komputer dan juga membaik pulih makmal reka bentuk dan teknologi untuk Sekolah Kebangsaan (SK) Methodist ACS Seremban.

Artikel Berkaitan:

“Dana tersebut juga disalurkan untuk kerja-kerja bagi mengubah suai dan menggantikan perabot untuk makmal sains SK Pandan Jaya yang rosak.

“Terima kasih atas sokongan peserta larian dan juga rakan niaga yang telah bersama-sama menyokong acara larian kami tahun ini,” katanya.

Ibu bapa tidak ketinggalan membawa anak masing-masing menyertai larian.
Ibu bapa tidak ketinggalan membawa anak masing-masing menyertai larian.



Jelas beliau, Lotus’s Ceria Charity Run 2024 merangkumi tiga kategori iaitu 15 kilometer (km), 10km dan 5km.

“Selain medal, setiap peserta membawa pulang baucar diskaun sebanyak RM400 dan beg cenderahati pelbagai barangan bernilai lebih RM150,” katanya.

Pada program berkenaan, peserta turut membawa pulang barangan cabutan bertuah bernilai RM18,000 dengan hadiah utama sebuah kerusi urut uSmarto Zero Healthcare bernilai RM9,999.

Terdapat juga aktiviti-aktiviti untuk dinikmati oleh peserta seperti booth permainan dan pemeriksaan kesihatan percuma kepada pengunjung.

Peserta mencuba permainan yang disediakan.
Peserta mencuba permainan yang disediakan.



Antara penaja utama yang telah menjayakan Lotus’s Ceria Charity Run 2024 ialah Nestle, Unilever, Kimberly-Clark, Mondelez Malaysia, Sangla Foods dan Pusat Perubatan Cengild G.I dan La Calisto Sdn Bhd.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!