Pelajar guna guni sebagai bagasi ke universiti akan dibantu

Fadhlina (kiri) ketika membuat panggilan video bersama Rafida. Guni (kanan) digunakan oleh Rafida. Foto Facebook Fadhlina
Fadhlina (kiri) ketika membuat panggilan video bersama Rafida. Guni (kanan) digunakan oleh Rafida. Foto Facebook Fadhlina
A
A
A

SHAH ALAM - Beban kewangan dan keperluan seorang pelajar yang menggunakan guni untuk mengisi barangannya sewaktu pendaftaran di Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan diuruskan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Menurut beliau, kisah pelajar bernama Rafida Zaiddin itu dekat di hatinya kerana pada hari yang sama beliau turut menghantar anak sulungnya melanjutkan pengajian ke universiti.

“Rafida adalah anak yang cerdik. Keputusan peperiksaan Rafida di Matrikulasi Labuan sangat membanggakan. Malah sedang mengikuti pengajian perakaunan di UMS.

“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak khususnya Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, Cikgu Rahman dan rakan saya Dr Abdullah Bade, pensyarah UMS yang telah melaporkan keadaan anakanda Rafida Zaiddin,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Isnin.

Ujar beliau, kesungguhan Rafida memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa perjuangan pendidikan manusiawi merupakan kekuatan Malaysia.

“Insya-ALLAH Rafida tidak perlu risau apa-apa tentang pengajiannya. Semuanya telah diuruskan dengan baik sehingga habis pengajian,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!