Polis rakam keterangan 3 saksi kes lelaki lintas landasan Monorel Bukit Bintang

Video tular memaparkan seorang lelaki melintasi landasan Monorel Bukit Bintang. Gambar kecil: Sulizmie Affendy
Video tular memaparkan seorang lelaki melintasi landasan Monorel Bukit Bintang. Gambar kecil: Sulizmie Affendy
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis telah merakam keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang melintasi landasan Monorel Bukit Bintang sehingga rakaman video kejadian itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, kesemua individu itu merupakan saksi kejadian.

"Setakat ini, kita telah merakam keterangan tiga saksi bagi membantu siasatan berkaitan kes berkenaan," katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis perasmian Papan Iklan Digital di Balai Polis Sri Hartamas, di sini, pada Isnin.

Sulizmie Affendy berkata, pihaknya masih mengesan individu berkenaan.

"Kita masih mengesan individu berkenaan, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan (pencerobohan)," katanya.

Pada Khamis, video berdurasi empat minit itu dikesan pada 11.35 malam selepas tular di media sosial.

Menurutnya, Sulizmie Affendy dilaporkan berkata, laporan polis berkaitan kejadian itu sudah dibuat pihak polis bantuan Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) jam 9.34 malam Rabu.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!