Fitnah makan babi: Polis rakam keterangan empat individu

Hamzah (tengah) menyaksikan majlis serah terima tugas antara Asisten Komisioner Muhammad Halim Yatim (kiri) dan Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid (kanan) di IPD Timur Laut pada Isnin.
Hamzah (tengah) menyaksikan majlis serah terima tugas antara Asisten Komisioner Muhammad Halim Yatim (kiri) dan Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid (kanan) di IPD Timur Laut pada Isnin.
A
A
A

GEORGE TOWN - Polis merakam keterangan daripada empat individu bagi melengkapkan siasatan berhubung kes fitnah melibatkan seorang Senator yang didakwa memaksa pengawal peribadinya memakan daging babi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, siasatan akan dilengkapkan dalam masa terdekat sebelum diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

"Siasatan sedang berjalan dan kita sedang berusaha untuk melengkapkan siasatan.

"Setakat ini, empat individu telah diambil keterangan. Kita akan lengkapkan siasatan dalam masa terdekat sebelum kertas siasatan diserahkan kepada Pejabat TPR," katanya selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Timur Laut di Ibupejabat Polis Daerah Timur Laut di sini pada Isnin.

Jumaat lalu, polis menerima dua laporan daripada seorang Senator dan pengawal peribadinya berhubung dakwaan kenyataan hasutan yang dibuat oleh seorang individu.

Ahli Dewan Negara berusia 38 tahun itu membuat laporan pada jam 8.31 malam Khamis lalu selepas menerima panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali.

Berdasarkan daripada laporan tersebut, individu berkenaan bertanyakan kepada Senator itu sama ada benar pengawal peribadinya telah membuat laporan terhadapnya kerana memaksa pengawal peribadinya itu memakan daging babi.

Dakwaan tersebut bagaimanapun telah dinafikan oleh Senator dan pengawal peribadinya lalu masing-masing membuat laporan polis.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!