YBR salur bantuan RM3,000 kepada pelajar yatim piatu

Syaiful Rizal (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan bantuan kepada Nur Fatihah (dua dari kiri).
Syaiful Rizal (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan bantuan kepada Nur Fatihah (dua dari kiri).
A
A
A

SHAH ALAM - Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyampaikan sumbangan tunai RM3,000 kepada pelajar Universiti Malaya (UM), Nur Fatihah Mohammad, 24, yang telah kehilangan kedua-dua ibu bapanya setelah menerima permohonan bantuan.

Pengurus Besarnya, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, Nur Fatihah kehilangan ibu pada Julai lepas akibat jangkitan kuman di paru-paru manakala ayahnya pula telah meninggal dunia sejak enam tahun lalu.

“Bantuan tersebut tidak mampu menanggung sepenuhnya kos sepanjang pengajian Nur Fatihah, namun diharapkan sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung.

“Ia bagi membuat persiapan untuk kemasukan semester baru dan membeli kelengkapan pengajian yang diperlukan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Syaiful Rizal berkata, Fatihah juga mempunyai tanggungan empat adik-beradik berusia 19, 15 dan 12 tahun itu dan menetap bersama ayah angkatnya yang merupakan pekerja buruh serta memiliki empat orang anak kandung.

Menurutnya, YBR akan sentiasa mendoakan agar Fatihah diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan.

“Semoga lebih banyak organisasi luar atau orang ramai dapat sama-sama membantu meringankan bebanan kewangan yang ditanggung oleh Fatihah.

“Orang ramai yang ingin menghulur bantuan kepada Fatihah boleh menyalurkan bantuan dengan menghubunginya di talian 011-29332762,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ulas beliau, bagi pengambilan tahun 2024, Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda akan dibuka bermula 1 Oktober hingga 30 Oktober 2024 secara dalam talian.

“Untuk permohonan dan maklumat lanjut, sila layari laman sesawang di www.yayasanbankrakyat.com.my,” ulasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!