Dua taufan hampiri selatan Jepun

Dua taufan dikenali sebagai Jebi dan Krathon sedang menghampiri selatan Jepun.
Dua taufan dikenali sebagai Jebi dan Krathon sedang menghampiri selatan Jepun.
A
A
A

TOKYO - Dua taufan dikenali sebagai Jebi dan Krathon sedang menghampiri selatan Jepun, lapor Sputnik memetik Agensi Meteorologi Jepun pada Isnin.

Jebi telah bergerak ke arah Kepulauan Ogasawara dan dijangka menghampiri Kepulauan Izu pada Selasa.

Jebi pada Selasa dan Rabu akan melanda sepanjang pantai utara Jepun. Pada masa ini, tekanan pusat taufan ialah 998 hectopascal dan kelajuan angin berhampiran pusat ialah 32.1 kilometer (km) sesaat, dengan kelajuan tiupan angin maksimum mencecah 48.2 km sesaat.

Krathon kini berada di antara Taiwan dan Filipina dan sedang bergerak ke arah Jepun dari selatan. Ia kini dinilai sebagai "sangat kuat" dengan tekanan pusat 935 hectopascal dan kelajuan angin maksimum berterusan berhampiran pusat mencapai 80.4 km sesaat, manakala kelajuan tiupan angin maksimum ialah 112.6 km sesaat.

Krathon dijangka akan sampai ke Kepulauan Sakishima di Wilayah Okinawa menjelang hujung minggu.

Pada Ogos, Jepun dilanda Taufan Shanshan yang kuat, mengorbankan lapan orang dan menyebabkan lebih 120 cedera. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!