Lima rentung dalam kebakaran setinggan di Likas
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, kesemua mangsa berusia antara tiga hingga 14 tahun, bagaimanapun identiti mereka masih belum diketahui.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, seramai 13 anggotanya dengan dibantu 14 anggota BBP Kota Kinabalu dan enam anggota BBP Putatan dikejar ke lokasi kejadian.
"Kebakaran melibatkan tiga rumah jenis tidak kekal yang musnah 100 peratus termasuk satu stor dan kedai runcit serta dua lagi kenderaan.
"Terdapat lima mangsa dilaporkan rentung dalam kejadian ini," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Katanya lagi, operasi memadamkan kebakaran dilakukan dengan menggunakan sumber air dari jentera dan pili bomba berhampiran.
"Operasi terkawal pada jam 1.29 tengah hari dan pasukan bomba masih lagi memadam bara api ketika ini.
"Pasukan bomba juga sedang mendapatkan maklumat terperinci berkaitan mangsa yang terlibat dan maklumat akan dikemas kini dari masa ke masa," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!