Karnival Kerjaya Jobcare Selangor, 466 calon berjaya dapat kerja

Papparaidu
Papparaidu
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 466 peserta berjaya memperoleh pekerjaan melalui penganjuran Program Karnival Kerjaya Jobcare Selangor yang telah dilaksanakan di lima daerah di negeri ini.

Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan, V Papparaidu berkata, lima daerah tersebut adalah Hulu Langat, Petaling, Kuala Langat, Hulu Selangor dan Gombak.

Jelasnya, pencapaian itu mencerminkan keberkesanan inisiatif dirangka kerajaan negeri dalam membantu pencari kerja mendapatkan pekerjaan dengan lebih pantas dan mudah.

"Program ini juga akan diteruskan di Klang pada 5 Oktober dan diharapkan dapat memberi peluang kepada lebih ramai peserta untuk mendapat pekerjaan seperti dicapai di daerah lain," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ujarnya, terdapat juga sesi temu duga kerja yang akan dijalankan sepanjang hari.

Justeru, beliau menggalakkan orang ramai membawa salinan butiran diri dan bersedia untuk ditemu duga segera.

Selain itu, ujarnya lagi, terdapat kaunter khas yang menyediakan bimbingan bagi memperbaiki butiran diri.

"Dengan kejayaan dicapai di daerah lain, kerajaan negeri berharap program ini akan terus memberikan impak positif kepada pencari kerja dan majikan.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai dipelawa untuk hadir ke program ini dan jadikanlah ia sebagai langkah pertama untuk menuju ke arah kerjaya yang diimpikan," tambahnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!