Sila log masuk terlebih dahulu.

Strategi Israel mahu jadikan Lubnan sebagai Gaza 2.0

30 September 2024 | TikTok
A
A
A
BULETIN TIKTOK 30 SEPTEMBER 2024

Tindakan Israel menyerang Lubnan sehingga meragut nyawa Setiausaha Agung Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah adalah sebahagian daripada strategi untuk mengubah naratif dunia terhadap genosid dilakukan di Gaza.

Pakar Undang-Undang Antarabangsa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr Mohd Yazid Zul Kepli berkata, Israel bermatlamat untuk meningkatkan ketegangan serantau dengan Lubnan dan Iran agar kedua-dua negara itu mengisytiharkan perang secara rasmi.

Muzik: Theater of Delays - Black Sea - No Drums Version dari bendsound.com

#SinarHarian #BuletinTikTok #Lubnan #Israel #Gaza #Serangan