Lelaki dikhuatiri lemas ketika menjaring ikan

Pasukan bomba membuat pencarian di sekitar Sungai Lepar selepas seorang lelaki dihanyutkan arus ketika menjaring ikan di kawasan terbabit. - Foto: Bomba Pahang
Pasukan bomba membuat pencarian di sekitar Sungai Lepar selepas seorang lelaki dihanyutkan arus ketika menjaring ikan di kawasan terbabit. - Foto: Bomba Pahang
A
A
A

PEKAN - Seorang lelaki dikhuatiri lemas setelah dibawa arus ketika menjaring ikan di Sungai Lepar berhampiran Ladang LKPP Jalan Gemuruh dekat sini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa diaktifkan sebaik sahaja menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 1.19 petang.

"Tujuh anggota BBP (Balai Bomba Penyelamat) Peramu dengan lima anggota Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA) BBP Pekan ke lokasi kejadian.

"Terdapat seorang disyaki lemas manakala dua lagi rakannya selamat. Mangsa dikatakan sedang melakukan aktiviti menjaring ikan di sungai bersama-sama," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Zulfadli memaklumkan pasukan bomba membuat pencarian di sekitar sungai tetapi mangsa yang dikenali sebagai Muhamad Saifol Azmi Adiauddin, berusia 33 tahun masih belum ditemui.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!