Bintang The Glory maut akibat pendarahan otak

Ji-ah diserang angin ahmar dan berada dalam koma sehingga akhir nafasnya.
Ji-ah diserang angin ahmar dan berada dalam koma sehingga akhir nafasnya.
A
A
A

PELAKON drama popular The Glory, Park Ji-ah dilaporkan meninggal dunia akibat pendarahan pada bahagian otak, pada jam 2.50 pagi, Isnin.

Agensinya, Billions memaklumkan pemergian aktres terbabit berpunca daripada serangan strok.

“Park Ji-ah meninggal dunia pada usia 52 tahun selepas mengalami strok iskemik iaitu pembuluh darah di otak tersumbat.

“Kami akan sentiasa mengenang semangat yang dimiliki mendiang terhadap dunia seni yang ditunjukkan sehingga akhir hayatnya,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Majlis pengebumian mendiang akan dilakukan di Dewan Pengebumian 2 di Pusat Perubatan Asan pada 2 Oktober, jam 10 pagi.

Sebelum ini, Ji-ah bertarung dengan penyakit yang tidak didedahkan selain diserang angin ahmar dan berada dalam keadaan koma sehingga ke akhir hayatnya.

Terdahulu, Ji-ah memulakan kerjaya seni pada tahun 2002 menerusi filem Costal Line dan semakin mendapat perhatian apabila memegang watak ibu kepada aktres Song Hye-kyo menerusi drama bersiri Netflix iaitu The Glory pada 2022.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!