Lelaki OKU hilang ditemukan lemas dalam kolam takungan

Kehilangan warga emas OKU sejak dua hari lalu terjawab apabila mayatnya dijumpai dalam kolam takungan air pada Isnin.
Kehilangan warga emas OKU sejak dua hari lalu terjawab apabila mayatnya dijumpai dalam kolam takungan air pada Isnin.
A
A
A

KEMAMAN - Seorang warga emas yang hilang sejak dua hari lalu ditemui lemas dalam sebuah kolam takungan air di Kampung Paman, di sini pada Isnin.

Mayat Phay Pow Lock, 65, yang juga orang kelainan upaya (OKU) mental dijumpai pasukan penyelamat kira-kira jam 10 pagi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, abang mangsa berusia 69 tahun yang tinggal bersama menyedari kehilangannya pada Sabtu sebelum membuat laporan polis.

"Mayat mangsa ditemui terapung dalam sebuah kolam takungan di kawasan belukar tebal kira-kira 100 meter dari kediamannya.

"Hasil pemeriksaan awal di kawasan kejadian tidak menemui sebarang kesan pergelutan dan perbuatan jenayah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian di sini pada Isnin.

Mayat mangsa ditemukan dalam kolam takungan air kira-kira 100 meter dari kediamannya di Kampung Paman, Kemaman.
Mayat mangsa ditemukan dalam kolam takungan air kira-kira 100 meter dari kediamannya di Kampung Paman, Kemaman.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.

Hanyan berkata, usaha pencarian mangsa yang meliputi radius 500 meter di sekeliling kediamannya disertai pelbagai agensi penyelamat.

Artikel Berkaitan:

"Sebaik menerima laporan, seramai 26 anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah melakukan pencarian bagi mengesan mangsa," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!