Belanja RM200, menang baucar beli-belah RM24,000

Chin Choo (kanan) menang hadiah baucar beli-belah percuma selama setahun bernilai RM24,000.
Chin Choo (kanan) menang hadiah baucar beli-belah percuma selama setahun bernilai RM24,000.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Seorang warga emas menikmati tajaan beli-belah percuma selama setahun berjumlah RM24,000 selepas memenangi hadiah utama peraduan belanja & menang Shopping Bonanza LuLu Hypermarket.

Pemenang, Oh Chin Choo, 68, bersama empat pemenang lain akan merasai pengalaman beli-belah percuma bernilai RM2,000 sebulan selama setahun.

Chin Choo berkata, dia tidak menyangka dengan berbelanja RM200 di LuLu Hypermarket Seri Kembangan Julai lalu membawa tuah buatnya terpilih sebagai pemenang utama.

Ibu kepada dua anak itu berkata, dia menyertai pertandingan itu sekadar untuk suka-suka dan tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang.

"Saya mulanya terkejut ketika dihubungi memaklumkan menang kerana ingatkan scammer.

"Selepas saya berhubung dengan pihak LuLu untuk mendapatkan pengesahan melalui e-mel barulah saya percaya.

"Ini merupakah hadiah paling besar pernah saya menangi kerana sebelum ini tidak pernah menang sebarang cabutan bertuah sepanjang hidup saya," katanya ditemui pada majlis penyampaian hadiah di LuLu Capsquare pada Isnin.

Nik Nazmi (empat dari kanan) bergambar bersama pemenang.
Nik Nazmi (empat dari kanan) bergambar bersama pemenang.

Artikel Berkaitan:

Penyerahan hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen Setiawang, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Chin Choo berkata, dia bercadang menggunakan hadiah kemenangan itu untuk membeli keperluan harian dan barangan lain bersama keluarga.

"Cucu saya ada juga sertai cabutan bertuah ini namun tidak bernasib baik, hadiah ini akan dikongsi bersama dengannya serta seorang lagi cucu.

"Setiap bulan saya akan membeli keperluan di LuLu kerana menawarkan harga promosi selain tertarik jualan bahan mentah ikan, sayur, daging dan buah-buahan yang segar," katanya.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran LuLu Hypermarket, Ahmad Sidqi Ghazali, peraduan berlangsung selama sepuluh minggu bersempena sambutan ulang tahun ke-8 pasar raya itu melabuhkan tirainya pada 28 Ogos 2024.

Menurutnya, lebih 30,000 penyertaan diterima sepanjang tempoh peraduan berlangsung dengan 888 pemenang diumumkan membabitkan hadiah keseluruhan berjumlah RM288,888.

"Selain pemenang hadiah utama membawa pulang baucer beli-belah percuma bernilai RM24,000, hadiah lain ditawarkan termasuk laptop, home teater sistem HiFi serta sistem soundbar.

Chin Choo menang hadiah utama baucar beli-belah di LuLu Hypermarket bernilai RM24,000.
Chin Choo menang hadiah utama baucar beli-belah di LuLu Hypermarket bernilai RM24,000.

"Bagi hadiah saguhati pula, seramai 433 pemenang menikmati kad beli-belah bernilai RM50 dan 400 barangan teknologi maklumat (IT) atau gajet," katanya.

Katanya, peraduan tersebut diadakan sebagai tanda penghargaan kepada sokongan pelanggan setia LuLu Hypermarket.

Beliau turut memaklumkan, Disember ini pasar raya berkenaan akan mengadakan kempen beli barang Malaysia sebagai sokongan kepada produk tempatan yang menawarkan hadiah menarik kepada pelanggan bertuah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!