Mara cadang tubuh jawatankuasa MTI, hantar pelajar cemerlang ke Turkiye

Asyraf Wajdi (kanan) menerima kunjungan Emir Salim bersama Birol Akgun ke pejabat Setiausaha Agong UMNO itu pada Isnin.
Asyraf Wajdi (kanan) menerima kunjungan Emir Salim bersama Birol Akgun ke pejabat Setiausaha Agong UMNO itu pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Amanah Rakyat (Mara) mencadangkan untuk menubuhkan jawatankuasa Institusi Malaysia-Turkiye (MTI) yang membangunkan pelbagai program kerjasama pendidikan.

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Turkiye merupakan antara negara Islam terkemuka dalam industri berteknologi tinggi termasuk aspek pertahanan, drone dan banyak lagi.

“Ia boleh dimanfaatkan untuk anak-anak muda Malaysia.

“Kita bersetuju menubuhkan jawatankuasa bersama di bawah Mara yang boleh membangunkan pelbagai program kerjasama pendidikan dalam pelbagai bidang profesional berteknologi tinggi dan juga TVET berteknologi tinggi,” katanya dalam satu hantaran pada Isnin.

Asyraf Wajdi (tengah) bersama Emir Salim (kiri) dan Birol (kanan).
Asyraf Wajdi (tengah) bersama Emir Salim (kiri) dan Birol (kanan).

Asyraf Wajdi memaklumkan pihaknya menerima kunjungan daripada Duta Besar Turkiye ke Malaysia, Emir Salim Yuksel bersama Pengerusi Lembaga Pengarah Turkish Maarif Foundation, Profesor Birol Akgun ke pejabat Setiausaha Agong UMNO pada petang Isnin.

Beliau turut memaklumkan bahawa Mara akan mula menghantar pelajar-pelajar cemerlang dalam kalangan Melayu-Bumiputera ke universiti terkemuka di negara berkenaan.

Katanya lagi, ia berikutan institusi pendidikan tersebut dikenali dalam bidang strategik seperti kejuruteraan yang berkaitan dengan industri pertahanan, drone, teknologi kecerdasan buatan (AI) dan sains komputer.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!