Conte lebih percayakan McTominay

McTominay (tengah) setakat ini beraksi cemerlang bersama Napoli. Foto Agensi
McTominay (tengah) setakat ini beraksi cemerlang bersama Napoli. Foto Agensi
A
A
A

PENGENDALI Napoli, Antonio Conte memuji sumbangan bekas pemain tengah Manchester United, Scott McTominay yang setakat ini telah berjaya menampilkan persembahan cemerlang bersama kelab Serie A tersebut.

McTominay memulakan kariernya di Itali dengan langkah kanan dan membantu Napoli mencatat rekod bersih dalam enam perlawanan Serie A untuk menghuni tangga teratas liga.

Pemain berusia 27 tahun itu turut menjaringkan gol pertamanya untuk Napoli dalam perlawanan Coppa Italia menentang Palermo, menerusi penyudah cantik pada minggu lalu.

McTominay turut menghasilkan satu bantuan jaringan ketika Napoli menundukkan Monza 2-0 pada aksi Serie A, awal pagi Isnin.

“Scott adalah pemain yang mempunyai gol dalam darahnya. Dia mempunyai kualiti teknikal yang sangat baik.

“Impaknya bersama pasukan tidak boleh dinafikan,” kata Conte.

Pemain tengah Scotland itu menamatkan karier 22 tahun di Manchester United dengan menyertai Napoli pada hari terakhir jendela perpindahan pemain musim panas.

McTominay yang menyertai United pada usia lima tahun dan beraksi 178 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kelab itu sejak tampil bersama skuad senior pada tahun 2017, menandatangani kontrak bernilai 30.5 juta euro (RM145 juta).

Artikel Berkaitan:

Dia melakukan penampilan terakhir bersama United apabila tampil sebagai pemain gantian lewat perlawanan ketika kekalahan 2-1 di Brighton pada minggu kedua EPL, Ogos lalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!