Hafiz Hamidun jadi 'buruan' wanita dari seberang

Hafiz berharap masalah seperti ini tidak lagi berulang.
Hafiz berharap masalah seperti ini tidak lagi berulang.
A
A
A

PENYANYI dan komposer, Hafiz Hamidun mendedahkan menjadi 'buruan' wanita dari Indonesia, gara-gara gambarnya digunakan sindiket penipuan atau scammer di sana.

Jelas Hafiz, 40, ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan gambarnya dan seterusnya memancing cinta wanita warga Indonesia, termasuk meminta wang ringgit.

"Ramai wanita Indonesia tertarik untuk mendekati saya gara-gara wajah saya digunakan scammer di sana. Boleh dikatakan wajah saya dikehendaki kerana ada scammer itu bukan hanya menjanjikan hubungan cinta, tetapi juga meminta wang ringgit sehingga berjuta rupiah.

"Mereka gunakan nama berbeza seperti Hafiz Rayyan, Hamidun, Yusof dan pelbagai lagi untuk memikat wanita di sana.

"Bila mereka sedari di tipu, barulah mereka buat pencarian mengenai saya dan dapat tahu saya penyanyi dari Malaysia," katanya.

Hafiz berkata demikian ketika ditemui pada Konsert 5 Rukun 2.0 di RCD Big Studio Plaza Alam Sentral Shah Alam.

Tambah Hafiz, perkara ini bukan baharu terjadi dan setiap hari ada sahaja mesej baharu yang diterima mengakui terpedaya dengan 'love scam' menggunakan wajahnya.

Lebih parah, ada di antara mangsa tidak dapat melupakan scammer terbabit dan mula menagih cinta daripadanya.

Artikel Berkaitan:

"Kalau ikutkan sudah lebih 2,000 akaun baik di Instagram, Facebook, TikTok dan pelbagai lagi sudah saya laporkan, tetapi masih ada yang terus menjadi mangsa.

"Ada di antara mangsa tersebut terus menjadi peminat saya dan tidak kurang juga yang benar-benar mahu bercinta. Cuma saya harap perkara ini tidak berlanjutan kerana bimbang menjadi perbuatan jenayah,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Hafiz bakal terlibat dengan Konsert 5 Rukun 2.0 yang akan berlangsung pada 2 November depan di RCD Big Studio Shah Alam.

Antara lain yang akan menjayakan konsert tersebut adalah Mawi, Khai Bahar, kumpulan InTeam dan Rabbani.

Sementara itu, berkongsi perkembangan seninya, Hafiz berkata, dia baharu sahaja menandatangani kontrak bersama syarikat rakaman Sony Music Malaysia.

Ujarnya, ia merupakan pertama kali buat Hafiz menjadi artis rakaman dan berharap perjanjian ini akan terjalin untuk satu tempoh yang panjang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!