Griezmann umum persaraan

Griezmann bersama Kylian Mbappe ketika membantu Perancis menjulang Piala Dunia. Foto Agensi
Griezmann bersama Kylian Mbappe ketika membantu Perancis menjulang Piala Dunia. Foto Agensi
A
A
A

PENYERANG Perancis, Antoine Griezmann mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa.

"Hari ini, dengan emosi yang mendalam, saya mengumumkan persaraan saya sebagai pemain untuk pasukan Perancis.

"Selepas 10 tahun yang luar biasa, penuh dengan cabaran, kejayaan dan detik-detik yang tidak dapat dilupakan, kini tiba masanya untuk saya membuka lembaran baru dan memberi ruang kepada generasi baharu," kata Griezmann daripada Atletico Madrid dalam satu video di X.

Bekas tonggak Les Bleus itu juga turut berterima kasih kepada rakan sepasukan yang banyak menyokongnya sepanjang menyarung jersi Perancis.

"Dari Mac 2014 hingga September lepas, saya berpeluang mengalami detik-detik luar biasa bersama rakan sepasukan yang hebat," kata pemain berusia 33 tahun itu sambil menyifatkan satu penghormatan dan keistimewaan apabila dapat menyarung jersi Perancis.

Beliau turut berterima kasih kepada penyokong-penyokong, staf, serta pengendali Perancis, Didier Deschamps.

Sebagai rekod, penyerang berpengalaman itu membuat penampilan pertama bersama Perancis pada era Deschamps ketika Griezmann membantu Les Bleus memenangi Piala Dunia 2018 di Rusia.

Skuad Deschamps menewaskan Croatia 4-2 pada perlawanan akhir di Moscow untuk dinobatkan sebagai juara dunia.

Artikel Berkaitan:

Griezmann, bekas penyerang Real Sociedad dan Barcelona, menjaringkan 44 gol dalam 137 perlawanan untuk Perancis.

Beliau menjaringkan enam gol untuk menjadi penjaring terbanyak EURO 2016 tetapi tuan rumah Perancis terpaksa berpuas hati sebagai naib juara selepas tewas kepada Portugal dalam perlawanan akhir.

Griezmann turut beraksi di Piala Dunia 2022 di Qatar ketika kecundang kepada Argentina yang dibarakan Lionel Messi menerusi sepakan penalti untuk merangkul gelaran dunia.

Sementara itu, Persekutuan Bolasepak Perancis mengucapkan terima kasih kepada Griezmann atas dedikasi dan kesetiaan bersama pasukan negara tersebut selama ini.

"... Terima kasih atas semangat, terima kasih atas kenangan Antoine Griezmann," kata pasukan kebangsaan Perancis di X.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!