Israel mulakan serangan darat di Lubnan

Serangan yang dilancarkan Israel di utara Israel bersempadan dengan selatan Lubnan pada Isnin. AFP
Serangan yang dilancarkan Israel di utara Israel bersempadan dengan selatan Lubnan pada Isnin. AFP
A
A
A

BEIRUT - Israel secara rasmi telah memulakan operasi darat di selatan Lubnan, awal pagi Selasa.

Dalam satu kenyataan disiarkan di laman sosial X, rejim Zionis itu berkata, serangan dilakukan adalah terhad, setempat dan disasarkan terhadap kumpulan Hizbullah.

"Sasaran yang terletak berhampiran dengan sempadan menimbulkan ancaman segera kepada masyarakat Israel.

"Tentera Udara Israel dan Artileri IDF menyokong tentera darat dengan serangan tepat ke atas sasaran di kawasan itu,” tambah kenyataan Angkatan Pertahanan Israel.

Serangan intensif Israel terhadap Hizbullah di Lubnan dan Houthi di Yaman menimbulkan kebimbangan bahawa pertempuran di Asia Barat menjadi di luar kawalan sehingga mengheret Iran dan Amerika Syarikat (AS), iaitu sekutu utama Israel.

Sementara itu, sekurang-kurangnya 95 orang terbunuh dalam serangan Israel di Lubnan sejak 24 jam lalu, menurut Kementerian Kesihatan Lubnan.

Dalam masa sama, 172 mangsa lain mengalami kecederaan, kata kementerian itu.

Serangan udara dilancarkan Israel di bandar Beirut pada awal pagi Isnin, kali pertama serangan berlaku dalam sempadan bandar ibu negara Lubnan sejak perang Israel-Hamas tercetus pada 7 Oktober tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Sehingga kini, serangan udara Israel ke atas Beirut tertumpu di bahagian selatan bandar itu iaitu kawasan yang padat dengan penduduk dan kebanyakannya terdiri daripada golongan Syiah yang juga kubu kuat Hezbollah. - Awani/Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!