Berpura-pura langgar kereta untuk meragut

Rakaman video tular memaparkan seorang penunggang motosikal meragut rantai leher mangsa dalam kejadian di Setia Alam, Sabtu lalu. Gambar kecil: Mohd Iqbal
Rakaman video tular memaparkan seorang penunggang motosikal meragut rantai leher mangsa dalam kejadian di Setia Alam, Sabtu lalu. Gambar kecil: Mohd Iqbal
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang penunggang motosikal berpura-pura memberitahu telah melanggar kereta mangsa sebelum meragutnya dalam kejadian di Setia Alam, di sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, laporan kejadian dibuat mangsa iaitu lelaki tempatan berusia 29 tahun merupakan jurujual kereta pada jam 6.14 petang.

Menurutnya, suspek dipercayai lelaki tempatan menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC berpura-pura memberitahu telah melanggar kereta jenis Mercedes Benz mangsa.

"Apabila mangsa keluar hendak melihat kerosakan keretanya, suspek bertindak menarik rantai lehernya dan terus melarikan diri.

"Suspek hanya berjaya melarikan separuh rantai leher kerana sempat ditarik semula oleh mangsa," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, mangsa tidak alami kecederaan, namun kerugian kira-kira RM1,500.

Katanya, usaha untuk kesan suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati supaya tidak mudah terpedaya semasa berada di jalan raya. Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Shatish di talian 010-5643645," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, satu rakaman video kejadian itu yang dirakam kamera papan pemuka kenderaan mangsa tular di media sosial.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!