Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal

Ringgit mengekalkan momentumnya apabila dibuka mengukuh berbanding dolar AS pada Selasa, didorong oleh jangkaan Washington akan mengurangkan lagi kadar faedah dalam masa terdekat. Foto hiasan
Ringgit mengekalkan momentumnya apabila dibuka mengukuh berbanding dolar AS pada Selasa, didorong oleh jangkaan Washington akan mengurangkan lagi kadar faedah dalam masa terdekat. Foto hiasan
A
A
A

RINGGIT mengekalkan momentumnya apabila dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, didorong oleh jangkaan Washington akan mengurangkan lagi kadar faedah dalam masa terdekat, kata penganalisis.

Pada 8 pagi, ringgit diniagakan pada paras 4.1200/1275 berbanding dolar AS daripada 4.1210/1260 pada akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kenyataan terbaharu Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed), Jerome Powell jelas menunjukkan bank pusat negara maju itu komited untuk mengurangkan lagi kadar faedah, namun secara berperingkat dan ke arah pendirian yang lebih berkecuali.

"Perkembangan ini sewajarnya positif untuk ringgit kerana perbezaan kadar faedah antara Kadar Dana Fed dan Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan lebih mengecil pada masa depan, sekali gus menjadikan pulangan pelaburan Malaysia kelihatan lebih menarik.

"Berikutan itu, ringgit dijangka kekal kukuh pada hari ini," katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, ringgit juga diniagakan mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama.

Ini termasuk naik berbanding yen Jepun kepada 2.8655/8709 berbanding 2.8899/8936 pada penutupan Isnin, meningkat berbanding euro kepada 4.5876/5960 daripada 4.6106/6162 dan tinggi berbanding pound Britain kepada 5.5109/5209 daripada 5.5193/5260 semalam.

Ringgit juga mencatat prestasi lebih baik berbanding mata wang ASEAN iaitu meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2057/2118 daripada 3.2175/2217 dan mengukuh kepada 12.7082/7420 daripada 12.8037/8248 berbanding baht Thailand.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, ringgit juga meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 272.0/272.7 daripada 272.1/272.6 semalam dan kekal tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.34/7.37 daripada 7.35/7.37. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!