Penganggur ditahan, polis temukan 1,207 pil yaba

Seorang penganggur ditahan selepas penemuan 1,207 pil yaba bersama lapan biji epam dianggarkan bernilai RM18,105 di sebuah rumah di Kampung Pohon Barat, Selising, Pasir Puteh pada Isnin.
Seorang penganggur ditahan selepas penemuan 1,207 pil yaba bersama lapan biji epam dianggarkan bernilai RM18,105 di sebuah rumah di Kampung Pohon Barat, Selising, Pasir Puteh pada Isnin.
A
A
A

PASIR PUTEH - Seorang penganggur ditahan selepas penemuan 1,207 pil yaba bersama lapan biji epam dianggarkan bernilai RM18,105 di sebuah rumah di Kampung Pohon Barat, Selising di sini pada Isnin.

Lelaki berusia 32 tahun itu dicekup pada jam 3.30 petang oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Pasir Puteh.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, hasil pemeriksaan di dalam bilik di mana suspek ditahan telah menjumpai dua jenis dadah.

"Hasil ujian saringan awal mendapati penganggur berkenaan positif methamphetamine," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, kes disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan reman terhadap suspek akan dipohon selama tujuh hari bermula Selasa.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!