Kerajaan hargai 15 wira negara WSC Lyon

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim (tengah) bergambar bersama semua peserta pada Majlis Penghargaan Wira Negara World Skills Competition (WSC) Lyon 2024 di MITEC pada Isnin.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim (tengah) bergambar bersama semua peserta pada Majlis Penghargaan Wira Negara World Skills Competition (WSC) Lyon 2024 di MITEC pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 15 peserta WorldSkills Competiton (WSC) Lyon 2024 diraikan pada Majlis Penghargaan Wira Negara WorldSkills Competiton (WSC) Lyon di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) di sini pada Isnin.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong mengucapkan tahniah kepada para peserta pertandingan kemahiran seperti itu yang mampu mempromosikan kecemerlangan tenaga mahir negara di peringkat antarabangsa.

STEVEN SIM
STEVEN SIM



Menurutnya, ia sekali gus membuktikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara adalah kompeten, berkualiti dan berkemahiran tinggi.

“Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada wira dan wirawati serta seluruh kontinjen negara yang telah mengibarkan Jalur Gemilang di WorldSkills Competiton Lyon 2024 yang diadakan di Eurexpo Lyon, Perancis bermula 10 hingga 15 September lalu,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Jelasnya, pertandingan kali ini disertai oleh 1,400 peserta dalam kalangan belia berkemahiran dari 69 negara dan wilayah seluruh dunia yang bertanding dalam 62 bidang kemahiran.

“Kejayaan para belia mahir negara di peringkat dunia adalah hasil pengorbanan dan komitmen banyak pihak termasuk ibu bapa dan jurulatih. “Tidak lupa juga kepada pakar negara yang telah merancang dan melaksanakan program latihan persediaan peserta secara intensif dengan kerjasama pelbagai pihak,” katanya.

Tambahnya, rakan strategik yang memberi sumbangan dan kepakaran kepada peserta menjalani latihan industri seperti Fanuc Mechatronics (M) Sdn Bhd, Tractor Malaysia, Proton Holding dan Le Meridien Hotel Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:

“Kejayaan di peringkat dunia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai kerana ia memerlukan perancangan dan strategi sangat rapi.

“Para peserta yang mewakili negara di WSC Lyon terpilih dalam kalangan peserta yang cemerlang pada peringkat kebangsaan dan serantau iaitu Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2023, WorldSkills Asean Singapore 2023 dan WorldSkills Asia Abu Dhabi 2024,” katanya.

Steven Sim (dua dari kiri) menyampaikan replika cek kepada Wong Hsun Wei (empat dari kiri) pada Majlis Penghargaan Wira Negara World Skills Competition (WSC) Lyon 2024.
Steven Sim (dua dari kiri) menyampaikan replika cek kepada Wong Hsun Wei (empat dari kiri) pada Majlis Penghargaan Wira Negara World Skills Competition (WSC) Lyon 2024.



Steven Sim berkata, pencapaian peserta dari negara ini adalah amat membanggakan kerana berjaya meraih lima pingat untuk negara.

“Secara individu, seramai tiga peserta mencapai kedudukan 10 terbaik dunia iaitu peserta dalam bidang Beauty Therapy (tempat ke-3), Electrical Installation (tempat ke-9) dan Bricklaying (tempat ke-10).

“Berdasarkan merit pungutan pingat pula, secara keseluruhan Malaysia menamatkan cabaran WSC Lyon 2024 di tempat ke-32 berbanding 69 negara yang bertanding.

“Pada saya, ia suatu pencapaian yang membanggakan kerana Malaysia berjaya mengatasi negara maju seperti Sweden, Sepanyol dan New Zealand,” katanya.

REAKSI

No Image Caption



Saya mengucapkan terima kepada jurulatih yang banyak memberi tunjuk ajar hingga saya boleh berjaya di peringkat antarabangsa.” -Wong Hsun Wei, 21, bidang terapi kecantikan, pingat gangsa WSC

No Image Caption



Pengalaman berharga untuk saya teruskan menimba ilmu hingga ke Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3.” - Muhammad Hakimi Abu Bakar, 20, bidang elektrik, Medallion for Excellence

No Image Caption



Terima kasih kepada cikgu dan pakar kerana membantu saya hingga ke peringkat dunia. Saya bercadang untuk buka kedai selepas benar-benar bersedia nanti.” - Muhammad Nasran Ahmad, 22, bidang dandanan rambut

No Image Caption



Bidang ini memerlukan perancangan teliti dan saya harap satu hari nanti saya dapat menghasilkan perisian komputer yang dapat memudahkan rakyat di negara ini.” -Stephen Sim, 22, bidang Perisian IT untuk perniagaan.

No Image Caption



"Selepas ini saya akan bekerja di United Kingdom untuk menimba pengalaman dalam bidang ini.” - Ahmad Muizuddin Mohd Razi, 22, bidang susunan batu bata

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!