[VIDEO] Orang Melayu tak lagi termakan hasutan burukkan Ahmad Zahid - Nur Jazlan

A
A
A

SHAH ALAM - Undi Melayu bertambah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota menunjukkan ada perubahan angin yang semakin positif buat UMNO.

Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, sokongan besar orang Melayu di Mahkota juga membuktikan orang Melayu juga sudah tidak termakan dengan tohmahan dan fitnah terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan yakin dengan keikhlasan perjuangan Melayu Islam beliau.

Nur Jazlan
Nur Jazlan

“Jelas pengundi Melayu dah lihat semula UMNO sebagai satu-satunya parti yang masih mampu pikul tanggungjawab besar dalam jaga kepentingan bangsa dan agama.

“Apatah lagi dengan PN (Perikatan Nasional) dah makin ke laut sebab hanya tunggang retorik sebagai pembela Islam dan Melayu, akhirnya rakyat nampak penipuan PN selama ini dan hanya UMNO jadi pilihan yang lebih selamat sejak dulu bagi ramai pengundi Melayu,” katanya menerusi Facebook pada Selasa.

Nur Jazlan berkata, lebih membanggakan calon UMNO turut mendapat undian tertinggi di semua saluran orang muda.

“Saya lihat trend ni bermula dari Nenggiri lagi dan membawa ke Mahkota. Pemilihan calon muda pada dua-dua PRK ini nampaknya berjaya menambat hati pengundi muda dan membawa mereka lebih dekat kepada UMNO.

“Mungkin orang muda sudah dapat menilai macam mana UMNO boleh bantu mereka di masa depan berdasarkan track record cemerlang selama lebih 60 tahun UMNO menerajui negara sebelum ini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, angka undi Melayu yang menyokong UMNO melonjak, petanda kuat kepercayaan yang terhakis sebelum ini mula pulih.

“Bagi saya, kejayaan ini semuanya kehendak ALLAH SWT dan berkait rapat dengan usaha pemimpin dan ahli parti di semua peringkat untuk perbaiki imej dan membela isu-isu utama masyarakat Melayu seperti ekonomi dan sosial.

“Lagipun minda pengundi muda sudah berubah. Mereka tak boleh lagi 'dibeli' jiwa macam yang PN buat masa PRU14 dan PRU15 lalu,” katanya

Jelasnya, meskipun undi Cina turun, beliau mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada DAP terutamanya Ahli Parlimen Kluang, Shu Qi yang bekerja keras berkempen.

“Tidak ketinggalan saya nak ucapkan tahniah juga kepada MCA terutamanya veteran parti itu, Datuk Jimmy Low, bekas Exco kerajaan negeri Johor kerana memainkan peranan menarik undi orang-orang lama dalam persatuan Cina di Kluang untuk menyokong calon UMNO.

"Saya lihat PRK Mahkota ini menterjemahkan sepenuhnya,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!