Tiga jawatan tertinggi Bersatu tidak akan dicabar

Marzuki (duduk, tiga kiri) bersama pimpinan Bersatu negeri menunjukkan senarai keahlian Bersatu yang layak untuk menghadiri persidangan parti itu bermula 15 Februari ini pada siang media di Ibu Pejabat Betsatu di Petaling Jaya hari ini.
Marzuki (duduk, tiga kiri) bersama pimpinan Bersatu negeri menunjukkan senarai keahlian Bersatu yang layak untuk menghadiri persidangan parti itu bermula 15 Februari ini pada siang media di Ibu Pejabat Betsatu di Petaling Jaya hari ini.
A
A
A

PETALING JAYA - Tiga jawatan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan dicabar dalam pemilihan parti itu pada Jun ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Marzuki Yahya berkata, itu pendirian pimpinan Bersatu yang mahu Pengerusi, Tun Dr Mahathir Mohamad; Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dikekalkan.

"Sebagai sebuah parti baharu memang kita minta semua pimpinan bahagian dan negeri untuk beri sokongan penuh kepada penyandang pengerusi, presiden dan timbalan presiden.

"Hari ini saya juga dapat laporan bahawa semua negeri di seluruh Malaysia memberi sokongan padu supaya tidak ada pertandingan bagi tiga jawatan utama itu. Jadi kita juga akan pastikan tidak ada cabaran bagi tiga jawatan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama semua setiausaha Bersatu negeri di Ibu Pejabat Bersatu di sini hari ini.

Marzuki berkata, mesyuarat itu bagi mengemaskini dan memuktamadkan senarai keahlian yang layak untuk menghadiri mesyuarat pemilihan cawangan parti itu yang akan bermula pada 15 Februari ini hingga 29 Mac depan.

Katanya, seramai 381,811 ahli layak untuk menghadiri persidangan berkenaan dan daripada jumlah itu membabitkan seramai 144,198 ahli Srikandi dan 101,947 ahli Armada.

Dalam pada itu, Marzuki berkata, setakat ini Bersatu juga telah membatalkan sebanyak 50 pencalonan ahlinya dalam pemilihan itu kerana mereka mempunyai keahlian dalam dua parti.

Artikel Berkaitan:

"Mereka mendaftar sebagai ahli Bersatu dan kemudian mendaftar juga sebagai ahli kepada parti lain, jadi secara automatik keahlian mereka dalam Bersatu digugurkan," katanya.

Katanya lagi, Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) juga sedang melakukan siasatan terhadap calon-calon yang didakwa pernah melakukan sabotaj terhadap parti.

"JPP akan umumkan senarai calon yang ditolak pencalonan mereka dalam mana-mana jawatan dalam Bersatu nanti. Setakat ini JPP masih menyiasat segala laporan dan bantahan yang mereka dapat daripada bahagian," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!