Dua premis makanan ditutup di Shah Alam

Dua buah premis telah diarahkan tutup kerana tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Dua buah premis telah diarahkan tutup kerana tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
A
A
A

SHAH ALAM - Mengabaikan kebersihan dan menggunakan peralatan tidak bersih antara kesalahan yang dikesan dalam Operasi Pemeriksaan Kebersihan Premis Makanan melibatkan dua premis makanan di Kampung Baru Subang, Seksyen U5 dan Seksyen U16, Shah Alam di sini hari ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, operasi pemeriksaan premis makanan telah dilaksanakan pada 4 Januari bulan lalu dan semalam.

"Hasil pemeriksaan pihak MBSA, pemilik premis makanan masih lagi mengabaikan tahap kebersihan di premis masing-masing dari aspek penyediaan, penyimpanan, penggunaan peralatan kurang bersih, kebersihan tandas kurang memuaskan termasuk pekerja tidak mempunyai suntikan TY2 (anti-typhoid).

"Dalam operasi ini, dua buah premis telah diarahkan tutup kerana tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, tindakan di bawah Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan di bawah seksyen 62(1)(b) Undang-undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (MBSA) 2007 (premis tidak sanitasi).

"Operasi seperti ini akan dijalankan secara berkala pada setiap bulan bagi memastikan premis-premis makanan di Shah Alam sentiasa bersih dan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

"MBSA berharap setiap premis makanan menjaga kebersihan serta mengamalkan pengendalian makanan yang betul selain memastikan pembantu kedai mendapat suntikan anti-Typhoid (TY2), menghadiri kursus pengendalian makanan dan mendaftar untuk memiliki kad pengendalian makanan yang dikeluarkan oleh pihak MBSA," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!