Pesara maut dirempuh ketika pulang dari surau

Seorang pesara maut dipercayai dirempuh sebuah kereta semasa melintas jalan pulang dari surau dalam kejadian di Kilometer 50.8 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu berhadapan Balai Polis Bukit Yong, Pasir Puteh pada Selasa.

A
A
A

PASIR PUTEH - Seorang pesara maut dipercayai dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan semasa pulang dari surau dalam kejadian di Kilometer 50.8 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu berhadapan Balai Polis Bukit Yong dekat sini pada Selasa.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa, Rawi Mat Yaman, 78, yang merupakan pesara di pejabat agama Islam di sini maut di lokasi selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala, badan dan kaki.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berlaku apabila mangsa yang berjalan kaki dari surau berada di sebelah kiri ke kanan jalan.

Secara tiba-tiba, sebuah kereta jenis Proton Iswara dari arah Jerteh telah melanggar mangsa.
Secara tiba-tiba, sebuah kereta jenis Proton Iswara dari arah Jerteh telah melanggar mangsa.

"Secara tiba-tiba, sebuah kereta jenis Proton Iswara dari arah Jerteh telah melanggar mangsa.

"Pelanggaran itu menyebabkan mangsa maut di lokasi kejadian manakala, pemandu kereta berusia 30 tahun mengalami kecederaan pada bahagian muka," katanya kepada pemberita.

Menurut beliau, jenazah warga emas terbabit telah dibawa ke Hospital Tengku Anis untuk bedah siasat dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Zaizul Rizal berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan terbabit boleh menghubungi talian 011-11101606 bagi membantu siasatan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!