[VIDEO] Penduduk kecewa projek insinerator diteruskan

A
A
A

SELAYANG - Jaringan Rawang Tolak Insinerator (RTI) kecewa dengan tindakan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang meluluskan penggunaan tanah atau pengezonan di Lot 3847 Batu Arang bagi projek insinerator.

Jurucakap RTI, Abdul Hanan Abd Mokti berkata, kelulusan itu seolah MPS tidak mengambil serius terhadap 4,000 bantahan serta fakta saintifik dikemukakan sebelum ini.

Abdul Hanan bersama hampir 200 penduduk pada Himpunan Tolak Insinerator di hadapan MPS, pada Selasa.
Abdul Hanan bersama hampir 200 penduduk pada Himpunan Tolak Insinerator di hadapan MPS, pada Selasa.

Menurutnya, penduduk merayu MPS mengkaji semula kelulusan yang telah diberikan mengambil kira kawasan tersebut tidak sesuai dijadikan tapak insinerator.

"MPS tetap membuat keputusan pengubahan zon tanpa mengambil kira bantahan penduduk.

Abdul Hanan (dua dari kiri) menyerahkan memorandum bantahan pembangunan insinerator di Batu Arang.
Abdul Hanan (dua dari kiri) menyerahkan memorandum bantahan pembangunan insinerator di Batu Arang.

"Kelulusan rezonning ini akan membuka jalan kepada projek ini diteruskan kerana langkah seterusnya memerlukan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) dan Penilaian Impak Sosial (SIA).

"Apabila selesai kedua-dua analisis ini maka tiada halangan secara teknikal projek ini diteruskan," katanya selepas penyerahan memorandum bantahan kepada MPS pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu kira-kira 200 penduduk sekitar Batu Arang, Kota Puteri, Bandar Tasik Puteri dan Desa Coalfields mengadakan Himpunan Tolak Insinerator di hadapan bangunan MPS.

Bantahan dibuat hampir dua jam bermula jam 10 pagi sebelum penyerahan memorandum kepada Pengarah Perancang Bandar, Norizah Bahari.

Sebahagian penduduk yang berkumpul pada Himpunan Tolak Insinerator pada Selasa.
Sebahagian penduduk yang berkumpul pada Himpunan Tolak Insinerator pada Selasa.

Abdul Hanan berkata, penduduk kekal membuat bantahan susulan lokasi projek dicadangkan terletak berhampiran rumah penduduk sekitar 50 meter sahaja akan pelbagai masa untuk jangka masa panjang.

Malah menurutnya, status Batu Arang sebagai bekas tapak lombong arang dikhuatiri akan membahayakan aspek keselamatan dan kesihatan penduduk.

"Masih ada cadangan lain untuk uruskan sisa pepejal dalam negara seperti pengasingan sisa di punca.

"Jika nak bangunkan juga insinerator, kerajaan perlu cari tempat lain yang tidak berisiko.

Abdul Hanan bersama hampir 200 penduduk pada Himpunan Tolak Insinerator di hadapan MPS pada Selasa.
Abdul Hanan bersama hampir 200 penduduk pada Himpunan Tolak Insinerator di hadapan MPS pada Selasa.

"Tak masuk akal bina atas bekas lombong yang masih mengandungi arang batu dan gas metana yang berisiko kepada runtuhan atau kebakaran bawah tanah jika projek diteruskan," katanya.

Ujarnya, projek sepatutnya dilaksanakan Julai lalu tetapi disebabkan bantahan selain isu teknikal serta kajian geologi menyebabkan projek belum dimulakan.

Bagaimanapun katanya, penduduk juga RTI tidak dimaklumkan status projek tersebut sama ada diteruskan atau sebaliknya.

Katanya, bantahan akan diteruskan secara berperingkat bermula dari daerah negeri dan nasional sehingga projek tersebut tidak diteruskan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!