4 tempat sunat angkat tangan dalam solat

SEGELINTIR umat Islam ada yang terkeliru dan mengangkat takbir selepas bangun dari sujud kedua rakaat pertama dan rakaat ketiga. Foto CANVA
SEGELINTIR umat Islam ada yang terkeliru dan mengangkat takbir selepas bangun dari sujud kedua rakaat pertama dan rakaat ketiga. Foto CANVA
A
A
A

MENGUNGKAPKAN lafaz takbir iaitu ALLAHU akbar ketika takbiratulihram merupakan salah satu daripada rukun solat yang wajib dilakukan.

Adapun perbuatan mengangkat tangan ketika takbiratulihram itu pula merupakan perkara yang sunat untuk dilakukan.

Bagaimanpun, segelintir umat Islam ada yang terkeliru mengenai angkat tangan di dalam solat ini. Ada yang mengangkat tangan dan ada pula tidak melakukannya terutamanya sebelum rukuk dan iktidal.

Persoalannya, di manakah tempat yang disunatkan untuk melaksanakannya dan sebaliknya?

Sebelum menjawab soalan tersebut, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan terlebih dahulu menerangkan terdapat 13 rukun solat yang wajib dilaksanakan dan angkat tangan tidak termasuk dalamnya.

Katanyanya, terdapat empat tempat disunatkan mengangkat tangan bagi mazhab Syafie berdasarkan kitab Fiqh, Safihatun Najah:

“Disunatkan mengangkat tangan pada empat tempat iaitu takbiratul ihram, ketika hendak rukuk, ketika iktidal dan ketika bangun dari tahiyat awal.”

Jelasnya, Syeikh Nawawi Al-Bantani dalam syarahnya atas matan ini menerangkan tentang cara mengangkat takbir ketika hendak rukuk iaitu dengan mengangkat tangan ketika mengucapkan lafaz takbir sebelum membongkokkan badan untuk rukuk.

Artikel Berkaitan:

“(Ia dilakukan) dengan tidak berterusan mengangkat tangan sehingga rukuk,” jelasnya dalam artikel Al-Kafi #1585: Adakah perlu mengangkat takbir ketika hendak rukuk dan iktidal? seperti disiarkan dalam laman web rasmi jabatan itu.

SUNAT untuk mengangkat takbir selepas bangun dari tahiyat awal dan tidak disunatkan untuk melakukannya selepas bangun dari sujud rakaat pertama dan ketiga. Foto CANVA
SUNAT untuk mengangkat takbir selepas bangun dari tahiyat awal dan tidak disunatkan untuk melakukannya selepas bangun dari sujud rakaat pertama dan ketiga. Foto CANVA

Adapun sebutan lafaz takbir hendaklah diucapkan sehingga sempurna rukuk supaya tidak senggang waktu yang kosong daripada zikir dan doa, ujarnya.

“Ketika iktidal pula, diangkat tangan ketika mula mengangkat kepala dan apabila sudah tegak berdiri iktidal, maka hendaklah melepaskan tangan sedikit ke bawah dadanya,” hurainya lagi.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut menasihatkan agar memperbanyakkan perbuatan sunat di dalam solat, apatah lagi ia merupakan perbuatan yang sangat mudah dilakukan.

“Namun begitu, tidak menjejaskan sahnya solat seseorang jika dia tidak melakukannya kerana ia tidak termasuk dalam rukun solat.

“Bahkan seseorang yang melakukannya tidak berhak untuk menegah atau menyuruh orang yang meninggalkannya untuk mengikut seperti apa yang dia lakukan kerana ia bukan dalam perkara yang disepakati,” katanya.

Sementara itu, pendakwah Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, tidak disunatkan untuk mengangkat tangan selepas sujud kedua rakaat pertama sebelum memasuki rakaat kedua.

USTAZ AZHAR
USTAZ AZHAR

“Tidak disunatkan untuk angkat tangan pada (hujung) rakaat pertama naik ke rakaat kedua. Begitu juga tidak disunatkan pada (hujung) rakaat ketiga naik ke rakaat keempat.

“Jika dia tetap melakukannya (mengangkat tangan), solatnya tidak batal tetapi tidak ada pahala bagi perbuatannya itu.

“Ini kerana menurut ulama, ia bukan tempat untuk mengangkat tangan,” jelasnya dalam YouTube miliknya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!