Maqis Kelantan serah hampir 230kg ayam sejuk beku dilucuthak kepada Penjara Marang

Jabatan penjara (kanan) menerima ayam sejuk beku daripada wakil MAQIS.
Jabatan penjara (kanan) menerima ayam sejuk beku daripada wakil MAQIS.
A
A
A

KOTA BHARU - Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan menyerahkan kira-kira 226.7 kilogram ayam sejuk beku yang dilucuthak kepada Jabatan Penjara Marang, Terengganu Isnin lepas.

Pengarah Maqis negeri, Syed Fuad Syed Putra berkata, bahan mentah itu merupakan hasil sitaan dan dilucuthak kerana tidak mematuhi undang-undang di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta728].

Katanya, ia dijadikan sebagai makanan ternakan ikan keli di bawah Program Rehabilitasi Banduan di penjara berkenaan.

"Kita berharap penyerahan itu dapat menampung kos bekalan bahan mentah untuk dijadikan makanan ternakan ikan keli.

"Maqis menyokong penuh inisiatif Jabatan Penjara Marang dalam menjayakan Program Rehabilitasi Banduan,” katanya melalui kenyataan pada Rabu.

Syed Fuad memberitahu, tindakan itu merupakan salah satu daripada kaedah pelupusan hasilan haiwan yang disita dan telah dilucuthak.

"Maqis tidak akan berkompromi terhadap ketidakpatuhan terutama membabitkan isu biosekuriti," ujarnya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!