'Remaja perempuan gagal dikesan rupanya hilang telefon bimbit'

Mohd Hafiz (Tangkap layar perbualan ibu remaja terbabit dengan anaknya yang awalnya dikhuatiri hilang dalam kejadian pada Isnin. Foto tular Facebook)
Mohd Hafiz (Tangkap layar perbualan ibu remaja terbabit dengan anaknya yang awalnya dikhuatiri hilang dalam kejadian pada Isnin. Foto tular Facebook)
A
A
A

SUNGAI BULOH - Seorang remaja perempuan yang disangka hilang oleh ibunya, dijumpai semula pada Selasa.

Kehilangan Gya Natasya Abdullah berusia 18 tahun itu dilaporkan sejak petang Isnin selepas gagal dihubungi keluarganya ketika dia pulang dari kerja di Cheras, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya dimaklumkan pada jam 8.15 pagi, Selasa oleh ibu remaja itu bahawa anaknya telah pulang ke rumah.

"Ibu remaja itu juga telah memaklumkan dalam TikTok anaknya telah pulang ke rumah.

"Dimaklumkan, telefon bimbit remaja itu hilang semasa berada di MRT Stesen Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Kuala Lumpur," katanya pada Selasa.

Dakwaan kehilangan remaja itu turut tular di media sosial Facebook.

Sebelum itu, satu laporan polis telah dibuat ibu mangsa berusia lingkungan 40-an di Balai Polis Sungai Buloh pada jam 10.49 malam, Isnin.

Ibu remaja berkenaan, Jihan Nazira Mohamed Nazib berkata, anak perempuannya itu sepatutnya turun di Stesen MRT Sungai Buloh, namun terpaksa turun di Stesen MRT TTDI kerana sakit perut.

Artikel Berkaitan:

"Dia turun di MRT TTDI dan ke tandas sebelum menyedari telefon bimbitnya hilang," ujarnya.

Jihan berkata, dia juga sudah memaklumkan kepada Ketua Balai Polis Kuang, bahawa anaknya sudah pulang ke rumah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!