Borak SeeNI program bual bicara terbaharu Astro Prima, Nu Ideaktiv

Syamil Fahim (kiri) dan Norashikin (dua dari kiri) bersama hos program bual bicara terbaharu, Borak SeeNI.
Syamil Fahim (kiri) dan Norashikin (dua dari kiri) bersama hos program bual bicara terbaharu, Borak SeeNI.
A
A
A

PROGRAM bual bicara terbaharu, Borak SeeNI kini bersiaran secara langsung di Astro Prima setiap Selasa hingga Jumaat jam 11 pagi bagi membincangkan topik kekeluargaan, isu semasa dan gaya hidup.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Ketua Pegawai Eksekutif Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim berkata, selaku rakan penghasil kandungan bersama Astro Prima, program Borak SeeNI diolah daripada aplikasi SeeNI yang memuatkan 17 kandungan digital bagi menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

“Saya amat teruja dengan program bual bicara secara langsung antara Astro Prima dan Nu Ideaktiv ini.

“Hasil kerjasama yang memberangsangkan daripada kedua-dua pihak ini, saya percaya akan berjalan lancar.

Antara hos yang menerajui Borak SeeNI yang bersiaran setiap Selasa hingga Jumaat jam 11 pagi.
Antara hos yang menerajui Borak SeeNI yang bersiaran setiap Selasa hingga Jumaat jam 11 pagi.

“Selain itu, diharapkan usaha ini mampu memantapkan lanskap digital bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mempromosi serta memperkukuhkan jenama masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas siaran langsung Borak SeeNI di Studio 1 Astro Bukit Jalil, di sini pada Selasa.

Antara hos program yang menghiasi kaca televisyen terdiri pelakon, Erra Fazira; penyampai radio, Faizal Ismail, Haziq Hussni dan Hunny Madu; penyanyi, Nana Mahazan serta personaliti media, Dahlia Shazwan dan Keanu Azman.

Artikel Berkaitan:

Borak SeeNI turut mengetengahkan perkongsian pakar serta individu penyumbang inspirasi dalam bidang masing-masing.

Dengan penggunaan teknologi ‘Extended Reality’ (XR) dan ‘Augmented Reality’ (AR) yang moden, Borak SeeNI mampu menampilkan visual terkini bagi mengetengahkan produk serta perkhidmatan secara dinamik demi menyokong PKS.

Tayangan ulang Borak SeeNI boleh ditonton pada hari sama, jam 5 petang di saluran Astro Prima, On Demand Astro Ultra atau Ulti Box, aplikasi SeeNI, Astro Gempak, Astro GO dan Sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Sementara itu, ditanya mengenai kriteria pemilihan hos, Naib Presiden Pembangunan Pengiklanan (Nu Ideaktiv dan PKS), Datin Norashikin Habibur Rahman memaklumkan, kesemua artis ternama berkenaan mempunyai personaliti unik meskipun hadir daripada latar belakang berbeza.

Tambah beliau, kepelbagaian personaliti mampu memberikan keharmonian sepanjang bekerja agar dapat mencapai objektif program iaitu menyasarkan semua lapisan masyarakat sebagai penonton utama.

“Kami percaya mereka mempunyai personaliti atau karakter menarik yang boleh menyumbang input istimewa kepada penonton berdasarkan pengalaman masing-masing,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!