DAP gesa Nur Jazlan tarik balik gesaan mohon maaf kepada BN-UMNO

Dr Boo Cheng Hau, Nur Jazlan
Dr Boo Cheng Hau, Nur Jazlan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Johor, Dr Boo Cheng Hau menggesa Timbalan Pengerusi UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed menarik desakannya agar Pakatan Harapan (PH) memohon maaf kepada Barisan Nasional (BN-UMNO) selepas kemenangan besar pada Pilihan Raya Kechil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Cheng Hau berkata, pihak BN-UMNO yang sebenarnya harus berterima kasih secara terbuka kepada PH dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana telah memulihkan ekonomi yang ‘uzur’ selain turut sama ‘menyelamatkan’ nyawa BN.

“Saya menyangkal kenyataan Datuk Nur Jazlan bahawa PH mesti sedar kemenangan besar BN-UMNO pada PRK Kluang baru-baru ini BN sepatutnya perlu mengucapkan terima kasih kepada diri sendiri.

“BN-UMNO juga harus bertanggungjawab sepenuhnya atas segala salah urus sosioekonomi dan rasuah yang berleluasa semasa memerintah dengan kuasa yang mutlak sebelum selain meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia,” menerusi satu kenyataan akhbar pada Selasa.

Tambah Dr Boo, selepas kajian mendalam dijalankan, terdapat bahawa lebih 14,000 pengundi penyokong Pakatan Harapan daripada 27,000 undi diperolehi calon BN-UMNO Syed Hussein Syed Abdullah.

Sementara itu Dr Boo berkata, BN-UMNO penyakit sosioekonomi negara seumpama pesakit kencing manis yang tenat dengan jari-jari kaki menjadi gangren yang memerlukan amputasi bagi menyelamatkan nyawanya sebelum sepsis berlaku.

Oleh itu katanya, PH di bawah pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah melakukan reformasi yang berani seperti amputasi jari-jari kaki gangren yang telah menyelamatkan bukan sahaja UMNO tetapi juga negara daripada kemusnahan.

“BN-UMNO bukan sahaja harus menarik balik tuntutannya agar PH memohon maaf, sebaliknya ia harus berterima kasih kepada PH, yang umpama seorang pakar bedah yang berhasrat baik dan cekap melakukan pembedahan amputasi jari kaki gangren dan menyelamatkan nyawa pesakit kencing manis yang tenat.

Artikel Berkaitan:

“Pesakit kencing manis yang tenat adalah BN-UMNO yang sepatutnya berterima kasih kepada PH, pakar bedah yang menyelamatkan nyawanya.

“Selain itu, kerjasama PH dengan BN-UMNO adalah bersyarat, iaitu BN-UMNO perlu berazam untuk melakukan reformasi terhadap diri sendiri dan institusi-institusi negara, seperti pesakit kencing manis tenat yang sanggup mematuhi preskripsi, nasihat dan diet ditentukan oleh doktor; kerana jika tidak, BN-UMNO terpaksa berdepan dengan keputusan pengundi secara keseorangan pada pilihan raya akan datang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!