Bintang Bollywood Govinda dikejarkan ke hospital, tertembak kaki sendiri

Aktor Bollywood, Govinda dikejarkan ke Hospital Criticare, Mumbai pada pagi Selasa selepas secara tidak sengaja menembak kakinya sendiri.
Aktor Bollywood, Govinda dikejarkan ke Hospital Criticare, Mumbai pada pagi Selasa selepas secara tidak sengaja menembak kakinya sendiri.
A
A
A

AKTOR Bollywood, Govinda dikejarkan ke Hospital Criticare, Mumbai pada pagi Selasa selepas secara tidak sengaja menembak kakinya sendiri.

Menurut pengurusnya, Shashi Sinha, Govinda telah selamat menjalani pembedahan bagi mengeluarkan peluru dan berada dalam keadaan stabil serta baik.

"Govinda secara tidak sengaja telah tertembak kakinya sendiri tetapi peluru sudah dikeluarkan.

"Kejadian berlaku ketika Govinda sedang bersiap sedia untuk bertolak ke Kolkata. Ketika mahu menyimpan senjata revolver di dalam almarinya, ia terlepas dari tangan dan peluru tersebut mengenai kakinya," ujar Shashi yang turut memaklumkan Govinda mempunyai lesen senjata.

Sementara itu, menerusi rakaman audio Govinda yang tular kepada pemimpin parti Shiv Sena, Krishna Hegde, bintang berusia 60 tahun itu memaklumkan berada dalam keadaan baik dan menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua pihak.

Polis juga dilaporkan sedang menyiasat kejadian itu selepas merampas senjata Govinda.
Polis juga dilaporkan sedang menyiasat kejadian itu selepas merampas senjata Govinda.

"Saya ditembak tetapi peluru sudah dikeluarkan. Saya juga berterima kasih kepada doktor yang merawat. Terima kasih semua atas doa dan sokongan anda," ujarnya ringkas seperti dilaporkan Pinkvilla.

Polis juga dilaporkan sedang menyiasat kejadian itu selepas merampas senjata Govinda.

Artikel Berkaitan:

Govinda, salah seorang bintang Bollywood popular dari tahun 1980-an telah membintang lebih 160 buah filem, baik sebagai hero sehinggalah ke naskhah komedi.

Tidak hanya sekadar aktif di lapangan seni, pemilik nama sebenar Govind Arun Ahuja itu juga aktif dalam dunia politik dan pernah menjadi ahli parlimen.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!