[VIDEO] PM umum peruntukan RM5.5 juta baik pulih Pasar Besar Siti Khadijah

A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM5.5 juta untuk kerja-kerja baik pulih Pasar Besar Siti Khadijah.

Menurut beliau, terdahulu kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM1.5 juta bagi tahun 2023 dan 2024.

"Kos berkenaan bagi projek membabitkan aspek kebersihan, tandas, baik pulih bumbung dan sistem pendawaian.

"Peruntukan itu menjadikan keseluruhan RM7 juta yang sudah diluluskan kerajaan Pusat sejak tahun lalu," katanya semasa merasmikan Majlis Ramah Mesra Bersama Peniaga-peniaga Pasar Besar Siti Khadijah di Laman Siti Khadijah di sini, pada Selasa.

Anwar berucap ketika merasmikan Majlis Ramah Mesra Bersama Peniaga-peniaga Pasar Besar Siti Khadijah di Laman Siti Khadijah pada Selasa.
Anwar berucap ketika merasmikan Majlis Ramah Mesra Bersama Peniaga-peniaga Pasar Besar Siti Khadijah di Laman Siti Khadijah pada Selasa.

Anwar memberitahu, pada November tahun lalu, peruntukan RM500,000 telah diluluskan untuk baik pulih bumbung dan RM1 juta pada tahun ini untuk proses mengecat serta baik pulih struktur konkrit yang merekah.

Ujarnya, disebabkan masih ada proses yang perlu dilakukan termasuk sistem pendawaian yang perlu ditukar menjadikan keseluruhan RM7 juta untuk Pasar Besar Siti Khadijah setakat ini.

Beliau turut mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) memantau serta menyegerakan projek berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Jika projek ini perlu ditender sekali pun, ia mesti dilakukan dengan cepat. Ini kerana Pasar Besar Khadijah menjadi tumpuan orang ramai.

"Di sini terdapat seramai 1,500 peniaga dan apa yang kita usahakan ini demi mengenangkan ribuan peniaga di sini," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!