Panggilan telefon tidak berjawab, abang tak sangka tragedi menimpa Sabari

Ismail Baharom (dua kanan) hadir ke Markas SAR untuk mengetahui perkembangan kes adiknya Sabari Baharom di Kampung Lubuk Batu di sini pada Selasa.
Ismail Baharom (dua kanan) hadir ke Markas SAR untuk mengetahui perkembangan kes adiknya Sabari Baharom di Kampung Lubuk Batu di sini pada Selasa.
A
A
A

KUBANG PASU - Seorang abang tidak menyangka panggilan telefon dan hantaran WhatsApp yang tidak berbalas terhadap adiknya, Sabari Baharom, 62, pada 4 September lalu adalah petanda dia kehilangan adik lelakinya itu buat selamanya.

Abang mangsa, Ismail, 69, berkata, dia ketika itu menghubungi Sabari untuk mengucapkan tahniah atas kelahiran cucu keduanya.

Katanya, memandangkan panggilan telefon tidak dijawab dia kemudiannya menghantar pesanan WhatsApp untuk mengucapkan tahniah.

"Tapi WhatsApp pun dia tak balas. Saya ingat dia sibuk, selepas itu dapat berita dia hilang.

"Bila kereta dia ditemui rentung, kes disiasat sebagai perbuatan jenayah," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi pencarian Sabari di Kampung Lubuk Batu, di sini pada Selasa.

Menurutnya, tiada kata-kata dapat diucapkan apabila mengenang perbuatan suspek yang sangat kejam terhadap adiknya itu.

“Saya hilang kata-kata apabila membayangkan tindakan suspek yang tidak berperikemanusiaan itu dan saya berharap jasad Sabari ditemui segera," katanya sebak.

Jelasnya, operasi pencarian kelihatan sukar memandangkan kes terbabit sudah lama selain keadaan sungai yang berarus deras dan panjang.

Artikel Berkaitan:

"Kami juga melaksanakan solat hajat setiap malam supaya urusan pencarian dipermudahkan," ujarnya.

Pada Isnin, Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh mengesahkan Sabari telah dicampak ke dalam Sungai Padang Terap dengan tangan diikat dan mulut ditutup menggunakan pita pelekat.

Katanya, maklumat itu diperoleh hasil pengakuan dua lelaki tempatan berusia 26 dan 38 tahun yang berjaya ditahan polis pada Jumaat lalu.

Sabari dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Mengkuang Tengah di Kuala Pegang, Baling dengan menaiki kereta jenis Proton Waja pada 4 September lalu.
Sabari dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Mengkuang Tengah di Kuala Pegang, Baling dengan menaiki kereta jenis Proton Waja pada 4 September lalu.

Sebelum ini ahli keluarga Sabari membuat hebahan di media sosial mengenai kehilangan bapa mereka.

Bapa kepada tiga cahaya mata itu dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Mengkuang Tengah di Kuala Pegang, Baling dengan menaiki kereta jenis Proton Waja pada 4 September lalu.

Kehilangan warga emas itu disedari anaknya selepas telefon bimbit dimatikan selain terdapat transaksi pengeluaran wang dari akaun bank milik Sabari. Kereta terbabit kemudian ditemui hangus terbakar di Belantik, Sik dekat sini.

.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!