Hujan lebat tidak patahkan semangat operasi mencari Sabari

Anggota bomba menjalankan operasi mencari jasad Sabari sebelum hujan turun sekitar jam 11 pagi.
Anggota bomba menjalankan operasi mencari jasad Sabari sebelum hujan turun sekitar jam 11 pagi.
A
A
A

KUBANG PASU - Hujan lebat bermula sekitar jam 11 pagi mengiringi operasi mencari dan menyelamat (SAR) Sabari Baharom, 62, pada hari kedua di Kampung Lubuk Batu pada Selasa.

Bagaimanapun keadaan itu tidak mematahkan semangat anggota penyelamat yang terdiri daripada polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Unit Selam Pasukan Polis Marin Batu Uban Pulau Pinang.

Petugas-petugas media daripada pelbagai agensi mulai berkampung seawal jam 9 pagi untuk melaporkan keadaan terkini dari lokasi pencarian.

Petugas-petugas media berkampung di tepi Sungai Padang Terap untuk melaporkan situasi terkini dari lokasi.
Petugas-petugas media berkampung di tepi Sungai Padang Terap untuk melaporkan situasi terkini dari lokasi.

Sekitar jam 4 petang Markas SAR di sini mula dipenuhi sanak saudara, kenalan dan penduduk kampung yang ingin mendapatkan laporan terkini tentang pencarian Sabari

Setakat ini tiada sidang media daripada pihak polis Kedah berkaitan pencarian terbabit dan operasi pencarian semua agensi ditangguhkan pada jam 6 petang dan akan disambung semula esok.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!