Mydin tawar ganjaran barang kemas RM120,000

Saraswathy (tiga dari kanan) menyampaikan bakul makanan kepada salah seorang penerima disaksikan Ahimmat (tengah) sempena majlis pelancaran kempen ‘Shine Bright This Deepavali’ pada Selasa. Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
Saraswathy (tiga dari kanan) menyampaikan bakul makanan kepada salah seorang penerima disaksikan Ahimmat (tengah) sempena majlis pelancaran kempen ‘Shine Bright This Deepavali’ pada Selasa. Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

SUBANG JAYA - [DIKEMAS KINI] Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) menawarkan ganjaran barangan kemas bernilai keseluruhan RM120,000 tajaan SMS Deen Jewellers bagi pelanggan bertuah yang berbelanja serendah RM150 di dalam satu resit di mana-mana cawangan Mydin seluruh negara.

Pengarah Eksekutif, Ahimmat Mydin berkata, ganjaran berkenaan diadakan bersempena pelancaran kempen ‘Shine Bright This Deepavali’ sempena sambutan Deepavali yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Menurutnya, kempen tersebut bertujuan menawarkan penjimatan, peraduan dan menyediakan pelbagai promosi persiapan sempena perayaan tersebut.

“Manakala pelanggan bertuah yang membeli barang kemas serendah RM1,500 di SMS Deen Jewellers berpeluang memenangi hadiah ‘hypermarket sweep’ dengan nilai keseluruhan RM45,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran kempen ‘Shine Bright This Deepavali’ tersebut telah disempurnakan Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Saraswathy Kandasami di sini pada Selasa.

Sementara itu Mydin, melalui program tanggungjawab sosial korporat Mydin Prihatin 'Cahaya Prihatin', berkolaborasi dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Perpaduan Negara untuk memberikan sumbangan kepada 200 keluarga masyarakat India yang kurang berkemampuan di sekitar Selangor.

Saraswathy melancarkan kempen 'Shine Bright This Deepavali’ di Mydin Subang Jaya pada Selasa.
Saraswathy melancarkan kempen 'Shine Bright This Deepavali’ di Mydin Subang Jaya pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

“Sumbangan berupa bakul makanan dan baucer tunai, bertujuan untuk meringankan beban golongan yang memerlukan.

"Ini menunjukkan komitmen Mydin dalam menyokong masyarakat dan memperkukuhkan perpaduan,” katanya.

Mydin turut bekerjasama dengan pengeluar rempah ratus terkenal Trichy untuk menghasilkan 10 resepi dalam rancangan ‘Taste with BGW (Bala Ganapathy William) di semua media sosial termasuk Facebook, YouTube dan TikTok Mydin sempena Deepavali ini.

“Selain itu Mydin turut menjalin kerjasama dengan Bombay Bazaar untuk menawarkan pelbagai barangan kelengkapan persediaan sambutan Deepavali, termasuk makanan, pakaian tradisional, dan banyak lagi.

“Barangan ini boleh didapati di beberapa cawangan Mydin seperti di Subang Jaya (Selangor), Seremban 2 (Negeri Sembilan), MITC (Melaka) dan Meru Raya (Perak),” katanya.

Orang ramai boleh melayari laman media sosial rasmi Mydin Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen ‘Shine Bright This Deepavali’, yang sedang berlangsung sehingga 31 Oktober 2024.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!