Terpaksa berkurung, lelaki China ini 'maraton' di dalam rumah

Pan melakukan aktiviti sukan dengan berlari mengelilingi meja di dalam rumanya. - Foto Weibo
Pan melakukan aktiviti sukan dengan berlari mengelilingi meja di dalam rumanya. - Foto Weibo
A
A
A

HANGZHOU - Berikutan wabak koronavirus yang melanda China, rakyatnya terpaksa melakukan aktiviti sukan di dalam rumah bagi mengelak dijangkiti wabak tersebut.

Pan Shancu dari Hangzhou merupakan ahli terapi perubatan Cina melakukan senaman dengan mengelilingi dua meja urut di dalam biliknya, lapor South China Morning Post.

"Saya tidak boleh berada di luar kerana perintah berkurung. Jadi saya mengambil inisiatif melakukan aktiviti sukan di dalam rumah selama 4 jam 48 minit dengan mengelilingi meja sahaja.

"Saya melakukan aktiviti itu ibarat saya berlari sejauh 50 kilometer sekali gus mencatat rekod baharu," katanya.

Shancu yang aktif dalam acara maraton berharap lebih ramai masyarakat meneruskan aktiviti sukan walaupun berada di dalam rumah.

Dia juga memuat naik gambar ketika berlari dalam rumah menerusi aplikasi Weibo hingga mencuri perhatian netizen.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!