Lawatan tiga hari PM ke Islamabad buka lembaran baharu hubungan Malaysia-Pakistan

Mohammad Azhar pada sidang media berkenaan lawatan rasmi Perdana Menteri ke Pakistan di Bangunan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia pada Selasa. Foto Bernama
Mohammad Azhar pada sidang media berkenaan lawatan rasmi Perdana Menteri ke Pakistan di Bangunan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia pada Selasa. Foto Bernama
A
A
A

ISLAMABAD - Lawatan tiga hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Pakistan bermula esok dijangka membuka lembaran baharu dalam hubungan dua hala kedua-dua negara yang telah terjalin sejak Malaysia mencapai mencapai kemerdekaan pada 1957.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datuk Mohammad Azhar Mazlan berkata, kerajaan Pakistan menaruh harapan yang tinggi terhadap kunjungan Anwar ke Islamabad terutama dalam memacu hubungan diplomatik kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi merangkumi pelbagai bidang berkepentingan bersama.

"Lawatan Perdana Menteri bermula esok akan membuka lembaran baharu hubungan diplomatik Malaysia dan Pakistan yang telah terjalin sejak Malaysia mencapai kemerdekaannya. Kerajaan Pakistan juga telah menaik taraf lawatan Perdana Menteri ini daripada lawatan rasmi kepada lawatan negara.

"Hubungan antara Malaysia dan Pakistan ditakrifkan sebagai hubungan persaudaraan akrab antara dua negara Islam berlandaskan kepada prinsip saling menghormati antara satu sama lain serta hubungan antara rakyat yang rapat,” katanya.

Mohammad Azhar berkata demikian kepada media Malaysia pada sidang akhbar yang diadakan di bangunan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di sini hari ini.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!