Rakyat Malaysia di Taiwan dinasihat siap sedia hadapi Taufan Krathon

Pengawal pantai berjalan di sepanjang pantai di Sizihwan, Kaohsiung ketika Taufan Krathon bergerak menuju ke Taiwan pada 1 Oktober 2024. Foto AFP
Pengawal pantai berjalan di sepanjang pantai di Sizihwan, Kaohsiung ketika Taufan Krathon bergerak menuju ke Taiwan pada 1 Oktober 2024. Foto AFP
A
A
A

PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia di Taiwan dinasihatkan supaya berwaspada dan mengikuti perkembangan mengenai Taufan Krathon yang dijangka melanda pantai barat daya pada Rabu.

Kementerian Luar Negeri memaklumkan bahawa pihak berkuasa tempatan mengeluarkan amaran darat dan laut di kawasan selatan dan tenggara Taiwan, manakala hujan lebat serta angin kencang dijangka berlaku dalam beberapa hari akan datang.

"Rakyat Malaysia yang berada atau melawat kawasan yang terjejas dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi semua arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Taufan Krathon dijangka mendekati Kaohsiung pada 1 Oktober 2024. Foto AFP
Taufan Krathon dijangka mendekati Kaohsiung pada 1 Oktober 2024. Foto AFP

"Dapatkan maklumat melalui sumber berita yang boleh dipercayai dan patuhi nasihat tempatan mengenai pemindahan, perjalanan dan aktiviti luar," menurut kenyataan itu pada Selasa.

Kementerian juga menggalakkan rakyat Malaysia di Taiwan yang memerlukan bantuan konsular atau yang belum mendaftar supaya segera menghubungi Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei di alamat: Tingkat 8, Bangunan Plastik San Ho, No.102, Jalan Dun Hua Utara, Taipei, Taiwan, telefon: +886 2 2713 2626 / +886 910 725 438 dan e-mel: mwtaipei@kln.gov.my.

Kementerian akan terus memantau keadaan dan menyediakan maklumat terkini sekiranya perlu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!