Kementerian Wilayah Persekutuan perkenal tema baharu

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Wilayah Peduli, Harapan Dipenuhi merupakan tema baharu bagi Kementerian Wilayah Persekutuan bagi menggantikan tema sebelum ini.

Menterinya, Khalid Samad berkata, tema itu menggambarkan usaha warga Wilayah Persekutuan membentuk suasana peduli, sihat dan selamat.

"Rabu lepas kita telah bermesyuarat dan memutuskan untuk memilih tema tersebut," katanya pada Bicara Minda anjuran Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, perancangan untuk menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai bandaraya pintar, lestari dan berkualiti akan diteruskan.

"Kita perlu memahami bahawa kita bukan bermula dengan kertas putih yang kosong.

"Kita perlu terima kelebihan dan kekurangan yang ada," katanya.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!