Iran lepaskan ratusan peluru berpandu balistik ke Israel

Salah satu daripada ratusan peluru berpandu balistik yang dilepaskan Iran ke Israel pada Selasa. Foto Reuters
Salah satu daripada ratusan peluru berpandu balistik yang dilepaskan Iran ke Israel pada Selasa. Foto Reuters
A
A
A

TEL AVIV - Iran melepaskan peluru berpandu balistik ke arah Israel pada Selasa sebagai tindakan balas terhadap serangan Zionis terhadap sekutunya Hizbullah di Lubnan.

Penggera amaran dibunyikan di seluruh Israel dan letupan boleh didengari di Baitulmaqdis dan lembah Sungai Jordan sementara rakyat Israel berkumpul di tempat perlindungan bom.

Sementara itu, sebanyak 25 pesawat tempur Angkatan Pertahanan Israel (IDF) sudah dilancarkan untuk memintas serangan dari Iran.

Sebelum ini, Amerika Syarikat (AS) memberi amaran lebih awal dengan mengatakan Iran sedang bersiap untuk melancarkan serangan peluru berpandu balistik.

Serangan ini dijangka menyasarkan lokasi ketenteraan dan kerajaan serta mungkin melibatkan lebih banyak kuasa tembakan berbanding serangan Iran ke atas Israel pada April lalu.

Tangkap layar siaran langsung Iran lancar serangan terhadap Israel.
Tangkap layar siaran langsung Iran lancar serangan terhadap Israel.

Ia juga bakal melibatkan ratusan dron yang mengambil masa berjam-jam untuk sampai ke Israel diikuti dengan beberapa peluru berpandu balistik selepas itu.

Menurut laporan AFP, seramai tujuh individu disahkan cedera dalam tembakan di pusat komersial Israel Tel Aviv pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan kecemasan Magen David Adom Israel, Eli Bin berkata, kejadian tersebut berlaku di dua lokasi berbeza.

"Paramedik menyediakan rawatan perubatan kepada beberapa mangsa dalam pelbagai keadaan termasuk mangsa yang tidak sedarkan diri," katanya dalam satu kenyataan berasingan.


'Ini hanya sebahagian daripada kuasa kami'

PRESIDEN Iran, Masoud Pezeshkian menegaskan, serangan peluru berpandunya ke atas Israel semata-mata untuk mempertahankan kepentingan negara dan rakyatnya.

Dalam masa sama, negara itu memberi amaran kepada Israel, pelancaran peluru berpandu balistik pada Selasa merupakan "hanya sebahagian daripada kuasa kami."

“Tindakan ini adalah untuk membela kepentingan dan rakyat Iran. Untuk memberitahu (Perdana Menteri Israel Benjamin) Netanyahu bahawa Iran tidak berperang, tetapi ia berdiri teguh menentang sebarang ancaman.

“Jangan terlibat dalam konflik dengan Iran,” tegas Masoud memberi peringatan kepada Israel dalam hantaran beliau di platform X

Masoud Pezeshkian. Foto AP
Masoud Pezeshkian. Foto AP

Dalam perkembangan sama, pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei dalam mesej yang sama di X juga senada dengan Masoud menegaskan, 'serangan' terhadap Israel akan menjadi 'lebih kuat dan lebih menyakitkan'.

“Dengan bantuan Tuhan, serangan daripada barisan kebangkitan akan menjadi lebih kuat dan lebih menyakitkan ke atas tubuh rejim Zionis yang uzur dan reput,” katanya.

Serangan peluru berpandu balistik itu berlaku selepas Israel melancarkan operasi darat merentasi sempadan utaranya ke Lubnan yang menyasarkan kumpulan pejuang Hizbullah yang disokong Iran.

Israel turut membunuh pemimpin tertinggi Hizbullah, Hassan Nasrallah dalam serangan udara pada Jumaat lalu dan memusnahkan kepimpinan pasukan separa tentera paling berkuasa di Asia Barat sekali gus meningkatkan kebimbangan perang serantau baharu. - Awani

@sinarharianonline

Apa perlu tahu tentang perang Iran-Israel? BULETIN TIKTOK 2 OKTOBER 2024 Iran melancarkan lebih 100 peluru berpandu balistik ke Israel sebagai tindak balas terhadap serangan Zionis terhadap sekutunya Hizubullah di Lubnan. Sejumlah video serangan di seluruh Israel seperti di Baitulmaqdis dan lembah Sungai Jordan menyaksikan rakyat Israel berkumpul di tempat perlindungan bom dikongsi di media sosial. Muzik: Theatre of Delays - Black Sea - No Drums Version Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #BuletinTikTok #Global #TimurTengah #AsiaBarat #Iran #Israel #Lubnan #Hizbullah #Perang

original sound - Sinar Harian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!